Buletin

VOLKSWAGEN GOLF ALLTRACK

Apabila Volkswagen memperkenalkan Passat Alltrack, ia nyata telah mengurangkan jurang di antara dunia on-road  dan off-road.  

Autodesk VRED Professional 2014 SR1-SP7

Kini Volkswagen meluaskan konsep itu kepada satu lagi kelas kenderaan menerusi pengenalan model Golf Alltrack. Pengeluar kenderan terbesar Eropah itu akan mempamerkan model tersebut pada acara Paris Motor Show 2014 minggu depan.

Golf Alltrack dijana oleh satu unit enjin petrol TSI baharu dengan sistem pengecas turbo dan pancitan bahan api terus. Enjin bersesaran 1.8 liter itu berupaya menghasilkan kuasa mencecah 180PS.

Autodesk VRED Professional 2014 SR1-SP7

Jentera itu turut menggunakan khidmat tiga enjin diesel iaitu 1.6 liter TDI (110PS) serta dua enjin TDI 2.0 liter berkuasa 150PS dan 184PS. Enjin-enjin itu kemudian dipadankdan dengan kotak gear berkembar DSG enam kelajuan automatik.

Bagi menawarkan prestasi terbaik di jalan biasa dan laluan off-road, Golf Alltrack dipacu oleh sistem pacuan semua roda 4MOTION. Sistem itu dilengkapi coupling Haldex generasi terkini yang akan diaktifkan bagi memastikan jentera tidak hilang cengkaman. Jika perlu, 100 peratus kuasa tork akan dipindahkan ke roda belakang.

Autodesk VRED Professional 2014 SR1-SP7

Sistem 4MOTION disempurnakan lagi dengan suspensi yang sesuai untuk laluan off-road. Bukan itu sahaja, jentera ini turut mempunyai keupayaan menunda kenderaan dengan beban sehingga 2,000kg.

Dari segi penampilan pula, model ini menggunakan badan yang sama dengan Golf Estate. Tahap kelegaan tanah telah dinaikkan sebanyak 20mm. Kebanyakan komponen luarannya juga dihasilkan secara custom, sekali gus memberikannya rupa yang tegap dan karismatik.

Autodesk VRED Professional 2014 SR1-SP7

Golf Alltrack dijangka ditawarkan di pasaran Eropah menjelang musim panas tahun depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button