Modifikasi

MITSUBISHI EVO III 4G63

Pemilik Misubishi Evolution III ini memang peminat tegar model Mitsubishi. Buktinya, dia yang juga pemilik bengkel WT Tyre di Terengganu ini sudah mengubah suai dan menjual berbelas-belas model Evo. mitsubishi-Evo-III-mekanika (3)

Projek terbarunya, dapat beli sebuah chasis original Evo III yang kemudiannya disalin nombor plat (interchange) bagi tak nak bagi orang kenal. Kalau dah namanya ori Evo, berapa buah sahaja ada di Malaysia.

Model 4G63 memang terkenal di Malaysia. Kalau ada pomen yang cakap tak pandai ubah suai enjin ini memang menipu. Melainkan pomen kodi habis yang kerjanya baiki lori atau 4X4. Sekarang, orang tidak bergantung kepada turbo semata-mata. Modifikasi stroker kit macam sudah jadi satu trend disukai ramai.

mitsubishi-Evo-III-mekanika (19)

Dengan kapasiti enjin ditingkatkan sehingga 2.2 liter, piston Wiseco dipasang bersama conrod Duratech. Turbo? Garret GT35, sedang-sedang sedap lah katakan nak cari 500-600hp tidaklah susah sangat. Wastegate Tial 44mm blow-off Greddy, intercooler Greddy dan penyuntik tambahan SARD 1000cc. Pam petrol Bosch 44lph dipasang bagi memastikan enjin tidak tersengguk-sengguk.

mitsubishi-Evo-III-mekanika (10)

 

Sistem ekzos disambung dari turbo dengan downpipe custom, paip 3 inci dan peredam bunyi HKS. Transmisi manual dengan fungsi pacuan empat roda sepenuh masa diperkuatkan lagi dengan klac perlumbaan bersama LSD full lock. Akhir sekali ialah ECU Motec yang bentuknya seperti kelongsong ECU asal. Cara nak kenal, ia ada satu soket OBD yang terkeluar di bahagian tepinya. Nampak? Nampak?

mitsubishi-Evo-III-mekanika (6)

Selesai enjin, projek peralih ke bahagian pengendalian dengan memasukkan set suspensi boleh laras TEIN. Kerasnya jangan cakap. Tapi kalau nak sedap macam Honda City baik beli Myvi. Kereta racing kalau tak melenting bukanlah Evo namanya. Siap suspensi, brek diganti dengan brek Evo III pada keempat-empat sudut dengan pad Endless.

mitsubishi-Evo-III-mekanika (12)

Evo III ada satu unsur cult yang sukar diketepikan. Walaupun berkongsi dengan chasis Wira, tetapi rekaan penuh belakang yang sedikit pendek menjadikannya unik dan dikejar semua orang. Tak percaya cuba parkir Evo III dengan Evo VII sebelah menyebelah. Mesti anda faham apa yang saya maksudkan.

mitsubishi-Evo-III-mekanika (15)

Tetapi kalau Evo tak ada rim canggih pun tidak jadi juga. Ia mesti datang bersama kombinasi rim TE37 17 inci dengan Advan Neova 215/45r17 Neova AD07. Kalau dah ada kedai tayar sendiri, apa lagi yang anda jangka?

mitsubishi-Evo-III-mekanika (16)

Bahagian dalam boleh dikatakan kekal dengan rekaan asal Evo 3, kecuali tambahan gugusan meter Defi yang disusun di atas papan pemuka. Terengganu ni tak ada pencuri ke?

mitsubishi-Evo-III-mekanika (9)

Beralih ke bahagian luar, spoiler belakang kereta ditanggalkan dan bampar depan digantikan dengan bampar Kansai Service. Saya rasa satu-satunya benda kosmetik era 1990-an yang boleh dipasang pada kereta ini memang bampar itu sahajalah.

mitsubishi-Evo-III-mekanika (7)

Saya sudah perati harga Evo III ini dari tahun 2003 lagi. Percaya atau tidak, sejak 10 tahun lalu, harganya sama sahaja. Kereta ini walaupun sedan, ia menikmati keitimewaan yang setaraf dengan RX7, MR2, 180SX, Supra, R32 dan AE86 (lagi merapu kan?).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button