Modifikasi

TOYOTA COROLLA AE80 BLACKTOP

Toyota merupakan antara pengeluar kereta terbesar di dunia yang mempelopori teknologi permotoran termaju sejak dahulu lagi.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (1)

Ada yang benar dan ada yang salah. Benar sebab Toyota berjaya menghasilkan kereta sports terbaik sepanjang zaman iaitu Toyota 2000GT. Selain model Corolla yang sehingga kini kekal sebagai kereta penumpang terlaris di dunia. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak sedar yang Toyota juga ialah pengeluar kereta Jepun yang paling lambat beralih ke sistem pacuan roda hadapan!

Toyota hanya menghasilkan kereta pacuan roda hadapan pertamanya pada tahun 1983, lewat hampir tiga tahun berbanding para pesaingnya. Ketika Mazda, Mitsubishi, Honda dan Nissan telah beralih ke sistem pacuan roda hadapan untuk kereta keluarga mereka, Toyota masih berdegil mengekalkan sistem pacuan roda belakang untuk semua model keretanya, termasuklah Corolla.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (5)

Mungkin tekanan persaingan ataupun pengarah-pengarah Toyota akhirnya sedar tentang penjimatan kos, membuatkan Toyota akhirnya memperkenalkan kereta pacuan roda hadapan.

Corolla AE80 ialah model Corolla pertama yang menggunakan sistem pacuan roda hadapan. Dengan tagline “Oh What a Feeling!”, Corolla ini boleh dikatakan amat canggih. Ia menggunakan sistem gantungan jenis bebas untuk keempat-empat roda dan kotak gear lima kelajuan.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (2)

Kelasakan kereta ini sememangnya terbukti kerana ia masih banyak dipandu di atas jalan raya di Malaysia, walaupun selepas 30 tahun diperkenalkan. Peminat model AE80 boleh dikatakan ramai. Jadi, agak senang nak jumpa model AE80 yang sudah diubah suai meluncur gagah di atas jalan raya.

Buktinya, kami banyak bertemu dengan model seumpama ini sewaktu berkelana ke Tawau, Sabah. Tengok pada rupa kereta, macam tak percaya kereta ini dah genap 30 tahun. Masih cantik dan bebas karat, walaupun kereta ini menghabiskan sepanjang usianya di atas sebuah pulau.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (16)

Pemiliknya, Azman memastikan kereta berstatus klasik ini boleh digunakan selama 30 tahun lagi apabila menggantikan enjin 2A 1.3 liter asal dengan enjin yang lebih moden dan berkuasa tinggi. Pilihannya? Tentulah enjin 4AGE Blacktop dengan kepala silinder 20 injap dan sistem induksi 4 throttle.

Enjin yang terbukti berkuasa tinggi dan amat lasak untuk dibelasah ini mendapat beberapa sentuhan peribadi Azman untuk meningkatkan lagi kuasanya. Kepala silinder enjin dilakukan kerja-kerja port dan polish. Sementar penapis udaranya diganti dengan penapis udara jenis aliran bebas HKS Super Power Flow.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (17)

ECU asal enjin pula dilakukan proses chip semula (re-chip) untuk disesuaikan dengan gred petrol RON95. Tekanan berterusan petrol dari tangki ke kebuk pembakaran dipastikan oleh pam bahan api bertekanan tinggi Bosch.

Sistem ekzos enjin dilancarkan dengan menggantikan paip ekzos asal kereta dengan paip tengah custom bersama-sama peredam bunyi Tanabe di hujungnya. Kotak gear lima kelajuan manual yang datang sekali dengan half-cut dibekalkan dengan sistem LSD. Azman cuma perlu menggantikan klac asal dengan klac perlumbaan daripada  TRD untuk memantapkan lagi proses pertukaran gear.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (8)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Corolla AE80 agak mudah untuk diubah suai dari segi pengendaliannya. Oleh kerana sistem gantungannya jenis bebas, maka penyerap hentak daripada model Corolla yang lebih baru seperti AE90, AE101 dan AE111 boleh diubah suai untuk dimasukkan ke dalam chasisnya.

Azman mengambil keputusan untuk menyalin penyerap hentak dan pegas gegelung sports daripada TRD kepada Corolla kesayangannya. Tak pasti pula daripada model Corolla mana dia salin barang itu, tapi rasanya bukan dari chasis AE80.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (7)

Dengan penyerap hentak itu, kereta ini pun dah direndahkan secukup rasa dan tiba masanya untuk masuk rim yang sesuai. Walaupun rim rekaan moden memang boleh masuk dengan kereta ni, tapi rim rekaan sekolah lama ialah pilihan yang tepat. Tak percaya? Tengok saja kereta Azman ni, segak bergaya dengan rim Watanabe bersaiz 15 inci gaya retro dan tayar Alpha 195/50/15.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (3)

Untuk memberhentikan kereta, Azman menyalin brek cakera lengkap daripada model Levin AE111 dengan angkup 2 pot di depan. Paling penting, brek gelendong belakang digantikan dengan cakera. Semua brek cakera ini diangkup oleh pelapik brek berprestasi tinggi TRD.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (9)

Dari segi kosmetik, Azman telah menyalin beberapa aksesori asli JDM macam bonet dan bampar depan Corolla Sprinter AE85. Pada bahagian tepi, side skirt asli AE82 disalin kemas. Pada bahagian belakang pula, bonet AE80 JDM dengan pemantul cahaya penuh di bahagian plet belakang digunakan. Lampu depan dan gril ialah versi asli AE80 12 injap yang dikenali dengan trademark lampu isyaratnya yang panjang dan gril berliang besar.

Bahagian dalaman Corolla ini telah diubah suai sepenuhnya. Aksesori JDM dan barangan kereta yang branded boleh dilihat macam stereng Nardi dan tombol gear  Momo. Papan pemuka asal AE80 dikekalkan, walaupun enjin dah ditukar.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (14)

Bagaimanapun, meter asal bernombor putih sudah diganti dengan meter bernombor oren yang berasal daripada model Corolla AE82 yang mempunyai takat redline 8,000rpm.

Toyota-corolla-AE80-blacktop-mekanika (15)

Tempat duduk depan diganti dengan tempat duduk SSCUS. Di belakang pula, Azman berjaya memasukkan tempat duduk asal Corolla AE111. Di atas papan pemukanya  penuh dengan meter-meter tambahan daripada A’PEXi dan Auto Gauge. Sebuah turbo timer Razo turut dipasang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button