Buletin

VOLKSWAGEN HENTIKAN PENGELUARAN SCIROCCO, TIADA LAGI MODEL BARU SELEPAS INI

Jika dilihat dari segi poliferasi, Scirocco nampak maca bertindan dengan pasaran Golf dan GTi. Namun dilihat dari perspektif berbeza, hatchback ini dibina lebih sporty berbanding rais badan Golf Gti.

Walaupun memiliki varian hampir sama dengan Golf R iaitu Sicorocco R yang dipacu roda hadapan, pasaran yang besar dari segmen ini memungkinkan Scirocco terus bertahan sejak pertama kali diperkanalkan pada 2008.

Selepas lebih sembilan tahun dalam pasaran, VW menerusi laman web  pengguna  memberitahu “Scirocco tidak lagi menerima pesanan dengan spesifikasi khusus, anda hanya akan dapat beli model yang telah siap sedia untuk dipasarkan, VW tidak akan membina Scirocco baru”

BACA: EDISI KHAS VW SCIROCCO MILLION

Ia jelas memberi isyarat bahawa VW akan menghentikan pengeluaran Scirocco. Ia mengingatkan kami pada barisan model bertindan yang pernah dibuat oleh pengeluar lain sebelum ini.

Misalnya Honda pernah mengeluarkan Integra, Prelude dan Civic Coupe serentak. Akhirnya, ia dihentikan pengeluarkan sepenuhnya dengan fokus hanya diberikan pada kerangka Civic menerusi varian yang berbeza.

 

 

Google ads
Back to top button