" "
Buletin

VOLKSWAGEN ID.6 – SUV ELEKTRIK YANG LAWA UNTUK PASARAN CHINA

Satu perkara yang wajib kita akur, China sememangnya menjadi lubuk untuk sektor ekonomi, tidak kiralah dalam apa juga cabang tidak terkecuali automotif. Dan pasaran kenderaan di China juga cukup luas. Pemain tempatan pun bersepah. Itu belum lagi pemain dari luar yang ingin sama menikmati lubuk ekonomi ini. Dan khas untuk pasaran China Kumpulan Volkswagen telah pun memperkenalkan sebuah model SUV elektrik, ID.6 .

Walau pun khusus untuk pasaran China, namun rekaan SUV Elektrik yang mempunyai kapasiti tujuh tempat duduk ini masih direka dengan rekabentuk yang menawan. Setanding dengan rekaan global. Walaupun ianya merupakan sebuah SUV, namun penampilan luarannya cenderung ke arah sebuah Crossover yang telah dipasang body cladding bagi memberi tahu orang ramai akan identitinya. Rekaan hud yang tinggi serta penggunaan rim bersaiz talam cukup memberikan isyarat bahawa ini adalah SUV moden dengan gaya masa kini.

Yang pasti, kehadiran ID.6 ini mampu mengukuhkan lagi jenama Volkswagen di pasaran China. Malah menurut CEO Ralf Brandstätte mereka menyasarkan sebanyak 50% daripada jualan kenderaan mereka di sana adalah daripada model EV pada tahun 2030 nanti.

Model ini dibina berdasarkan modular daripada Electric Drive Kit (MEB) sekali gus menjanjikan sepenuhnya kelebihan yang ada pada MEB ini. Dua set bateri sedia untuk digunakan dengan kapasiti 58 kWh dan juga 77 kWh sekali gus memberikan jarak yang lebih untuk kilometer. Dianggarkan ianya mampu bergerak sekitar 435 km dan juga 588 km. Boleh tahan jauh sebenarnya. Cukup untuk pulang berhari raya sewaktu Tahun Baharu nanti.

Dan penting juga apabila rekaan pek bateri tersebut hanya diposisikan di bahagian bawah kabin penumpang bagi memastikan pusat graviti kekal di tahap minimum. Volkswagen ID.6 ini mempunyai kuasa kira kira 225 kW (305 PS), cukup untuk memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 6.6 saat. Sedap nak pecut sewaktu berlumba di lampu isyarat sebenarnya kan?

Bahagian kabin pula menampilkan ciri sebuah EV sebenar apabila tiada butang fizikal. Kesemuanya menggunakan elektronik dengan semua operasi kini diserahkan kepada skrin sesentuh bersiaz 12 inci di tengah konsol. Jadi jangan hairan jikalau bahagian hadapan kabin dan pemandu mungkin kelihatan sedikit kosong. Dan sudah tentu ianya dilengkapi dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pemanduan termasuklah sistem kawalan suaran dengan menyebut “Hello ID”.

Dengan rekaan sebegini menawan, sepatutnya ia juga dipasarkan untuk pasaran global. Cantik menarik kau memang debom wei!

BACA : FISKER OCEAN – ORAIT KAH SUV ELEKTRIK BAHARU INI?

BACA : VOLKSWAGEN TIGUAN X, SUV COUPE CANTIK UNTUK CHINA

Google ads

B K

Back to top button