
VOLKSWAGEN ID.7 GTX TAMPIL BERKUASA; 339HP, JARAK GERAK 595KM – HARGA RM306K
Volkswagen meneruskan komitmennya terhadap kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan model elektrik sport terbaharu, ID.7 GTX.
Versi popular saloon utama Volkswagen ini telah berada dalam perancangan untuk beberapa lama dan akhirnya disahkan oleh jenama Jerman ini.
ID.7 GTX adalah model EV terkini yang memakai lencana sporty baharu Volkswagen, mendapat set-up stereng lebih sporty, dan pembeli boleh menambah Dynamic Chassis Control (DCC).

Beberapa ciri-ciri sporty telah ditambah pada penggayaan luaran, seperti bampar hadapan GTX yang ditempah khas, DRL LED dan kemasan hitam berkilat.
Bahagian dalamannya sama seperti GTX Tourer, menampilkan tempat duduk sports dengan jahitan merah dan huruf GTX.
Menjana kuasa saloon GTX adalah bateri 86kWh yang sama seperti ID.7 Pro S, boleh dicas sehingga 200kW, pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa kurang daripada 30 minit sahaja.

Volkswagen bagaimanapun masih belum mendedahkan jarak gerak model ini, namun ia dijangka lebih kurang seperti ID.7 Pro S, 595km.
ID.7 GTX berkongsi rangkaian kuasa dwi-motor yang sama seperti ID Buzz dan ID.7 Tourer, meningkatkan kuasa sebanyak 54hp berbanding model standard, mencapai kuasa 339hp.
Model EV ini mempunyai daya pecutan kurang dari 6.0 saat untuk mencapai kelajuan 0-62mph.
Volkswagen masih belum mengesahkan harga untuk ID.7 GTX, tetapi ia dianggarkan diberi tanda harga sekitar £60,000 (RM306,663).
Pelancaran ini menandakan langkah baharu Volkswagen dalam pasaran EV, menawarkan pilihan yang lebih pelbagai kepada peminat kenderaan elektrik berprestasi tinggi.
GALERI:












