Buletin

VOLKSWAGEN PASSAT B8, 3 VARIAN: LANCAR 16 NOV 2016

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan model terkininya, Passat B8 kepada sekumpulan wartawan di Pulau Langkawi.

Sebagai sebuah jentera generasi baharu, ia tampil dengan pelbagai penambahbaikan berbanding model sebelumnya, B7. Pesaing terbaharu untuk segmen sedan segmen D itu dibina di atas platform MQB Volkswagen yang lebih ringan dan versatil.

volkswagen-passat-b8-launch-mekanika8

Dikategorikan sebagai sebuah model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), B8 ditawarkan dalam dua pilihan enjin menerusi tiga varian. Varian Trendline dan Comfortline dijana oleh enjin TSI bersesaran 1.8 liter.

Enjin yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DSG (kering) tujuh kelajuan itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 180PS dan tork 250Nm.

volkswagen-passat-b8-launch-mekanika4

Manakala varian tertinggi iaitu Highline pula dikuasakan oleh enjin TSI bersesaran 2.0 liter dan kotak gear DSG (basah) enam kelajuan. Ia mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork puncak 350Nm.

Rangkaian kuasa itu adalah sama dengan apa yang dipasang pada model Golf GTI MK7. Cuma nisbah gearnya telah diubah untuk disesuaikan dengan karekter pemanduan sebuah sedan eksekutif. Semua enjin tersebut hadir bersama BlueMotion Technology yang menjanjikan lebih kuasa dan penjimatan.

volkswagen-passat-b8-launch-mekanika9

Dari segi penampilan, agak sukar untuk membezakan ketiga-tiga varian itu jika dilihat secara imbas. Bahagian hadapan B8 nampak kemas dengan sepasang lampu utama jenis LED yang nipis. Penggunaan kemasan krom pada gril radiator memberikannya penampilan yang lebih mantap.

Perbezaan ketara boleh dilihat pada rim yang digunakan. Trendline menerima rim ‘Aragon’ bersaiz 16 inci. Manakala Trendline dipasang dengan rim ‘Istanbul’ bersaiz 17 dan rim bersaiz 18 inci ‘Dartford’ untuk model Highline.

volkswagen-passat-b8-launch-mekanika

Di bahagian dalam pula, varian Highline nampak lebih mewah menerusi kemasan kayu pada papan pemuka dan panel pintu. Ia juga dilengkapi sistem Active Info Display, sistem infotainmen Discover media dengan skrin sentuh bersaiz 6.5 inici, ciri MirrorLink, Navigasi serta lampu ambien.

Tahap keselamatan juga dipertingkatkan dengan ciri Electronic Differential Lock (XDS), Dynamic Chassis Control (DCC), Park Assist, kawalan jelajah dengan pengehad kelajuan, sistem kemasukan tanpa kunci KESSY dan banyak lagi.

volkswagen-passat-b8-launch-mekanika6

VPCM masih berahsia tentang harga B8. Namun, bagi menghargai pelanggan yang membuat tempahan awal, mereka akan diberi insentif istimewa.

B8 dijadual dilancarkan secara rasmi pada 16 November depan. Tetapi, jika anda sudah tidak sabar untuk melihatnya secara dekat, sila kunjungi siri jelajah Volkswagen di pusat membeli-belah Mid Valley mulai esok hingga 6 November 2016.

Google ads
Back to top button