Motosikal

EKZOS SAMSON UNTUK HARLEY-DAVIDSON, 51INCI KAU!   

Dunia modifikasi kereta atau motosikal sememangnya sangat meriah. Minat pengguna untuk mengubah suai jentera masing-masing untuk tampil berbeza membuatkan banyak sekali syarikat custom timbul.

Contoh terkini ialah pembuat ekzos dari Amerika, Samson yang tampil dengan ekzos baharu sepanjang 51 untuk motosikal cruiser Harley-Davidson. Samson sebenarnya bukanlah jenama asing untuk jentera tersebut.

51-inches-samson-exhaust-harley-davidson-mekanika-2

Diberi nama Longtail 5150 Cholo Locos, ekzos tersebut seakan-akan lanjutan kepada ekzos bersaiz panjang bermula 33 hingga 48 inci yang dihasilkan oleh Samson sebelum ini.

Ekzos baru itu dikatakan khas untuk model Harley-Davidson Softail dan Touring, termasuklah yang menggunakan enjin baharu Milwaukee 8 V-twin.

Komponen berkembar tersebut hadir dalam dua kemasan iaitu saduran krom (Quad Chrome Plated) atau hitam seramik (Sinister Ceramic Black), lengkap dengan cagak pemasangannya.

51-inches-samson-exhaust-harley-davidson-mekanika-3

Samson mendakwa kit keluarannya itu mampu meningkatkan penjimatan bahan api dan mudah dipasang. Biar betul dia orang ni..

Ekzos itu juga hadir bersama bahagian hujung dan peredam yang boleh dibuka. Biarpun begitu, ia tetap mampu mengeluarkan bunyi yang unik dan kedengaran seperti mesingan.

5150 Cholo Locos ditawarkan pada harga bermula AS$449.90 (1,887) hingga  ASW$1,359.90 (RM5,704) dengan jaminan selama setahun.

“Jika anda mahukan pengalaman sebenar yang berbeza, maka dapatkan ekzos Samson. Ekzos custom ini direka serta ditala untuk menghasilkan kuasa kuda, tork dan bunyi yang mengagumkan. Sistem ini juga sedia dipasang sebaik sahaja dibawa keluar daripada kotak,” kata Samson.

Google ads
Back to top button