Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL LOGO DAN REKA BENTUK BAHARU DI MALAYSIA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pengenalan reka bentuk jenama Volkswagen baharu.

Dengan fokus kepada aspek aplikasi digital dan manusia, bahasa visual baharu itu sangat berbeza berbanding sebelumnya. Semua visualnya kini lebih berani dan berwarna warni.

Ia juga melibatkan simbol jenama yang baru seperti pictograms, tipografi dan warna atau susun atur.

Logo Volkswagen kini lebih moden dan ringkas. Ia tampil dengan elemen utama dua dimensi dan lebih mudah diadaptasi secara digital. Buat pertama kali juga logo tersebut menggunakan suara wanita.

Reka bentuk jenama Volkswagen menjadi kempen penjenamaan semula paling besar di dunia. Ia melibatkan 171 pasaran dan 10,000 pengedar.

Di Malaysia, sebanyak 21 buah pengedar bakal menerima perubahan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Laman web dan semua saluran media sosial Volkswagen Malaysia telah diubah, selari dengan reka bentuk jenama baharu itu.

Laman web kini menampilkan navigasi lebih mesra pengguna. Boleh diakses menerusi komputer dan gajet mudah alih, ia menawarkan maklumat yang komprehensif.

Sila layari: www.volkswagen.com.my

Tags
Google ads
Back to top button