Buletin

VOLKSWAGEN: SENTIASA DI SISI ANDA

Sewaktu acara Das Event semalam, Volkswagen Group Malaysia (VGM) menyatakan komitmennya untuk menambah baik pengalaman pemilikan dalam kalangan para pelanggannya di Malaysia. 

SONY DSC

Bertemakan ‘Sentiasa di Sisi Anda’, acara itu bertindak sebagai platform buat VGM  untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap jenama Volkswagen.

“Janji Volkswagen iaitu ‘Sentiasa di Sisi Anda’ juga bermaksud tanggungjawab terhadap aspek mobiliti masa depan. Produk-produk kami direka dan dibina dengan tujuan memenuhi keperluan masa depan.

SONY DSC

“Ia lebih menjimatkan, berkuasa, menawarkan keseronokan memandu, selesa dan kurang emisi. Sama ada enjin-enjin TSI yang memenangi anugerah atau kenderaan elektrik yang visionari, mobiliti mapan sememangnya menjadi keutamaan kami,” kata Naib Presiden Eksekutif Operasi Komersial untuk Pasaran China/Asean Volkswagen AG, Weiming Soh.

Volkswagen kini dilihat giat memperbaiki aspek jualan dan selepas jualan untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia. Justeru, VGM akan memperkenalkan beberapa inisiatif kepada para pelanggannya di Malaysia.

VW-transformation-program-mekanika (13)

Sebelum ini, syarikat telah memperkenalkan program Pakar Volkswagen, program Jaminan Mobiliti, serta pesanan dan penghantaran alat ganti pada setiap hari. Bagi mengukuhkan lagi usaha transformasi ini, VGM komited untuk mengimplementasikan lima lagi inisiatif demi menawarkan perlindungan yang komprehensif bermula dari jualan hinggalah selepas jualan.

SONY DSC

Langkah-langkah transformasi adalah seperti berikut:

  • Pelaburan lebih RM20 juta ke atas aspek latihan dan pembangunan bakat-bakat tempatan.
  • Pemindahan pengetahuan dan latihan melibatkan 100 orang juruteknik yang baru dilantik.
  • Perkhidmatan Concierge – Bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan concierge yang profesional dan terbaik kepada para pelanggan di pengedar-pengedar sah terpilih.
  • Penubuhan tiga Pusat Kecekapan Teknikal – Kemudahan yang canggih ini akan menyediakan latihan terkini dalam semua bidang untuk melengkapkan kakitangan teknikal dengan set kemahiran dan kepakaran terbaik.
  • Pusat Alat Ganti Volkswagen – Sebuah pusat alat ganti akan dibuka di Malaysia untuk mengurangkan tempoh penghantaran dan menunggu alat ganti.

SONY DSC

“Malaysia merupakan pasaran penting untuk perniagaan kami. Selari dengan perkembangan jenama ini, pelaburan berterusan untuk menambah baik aspek khidmat pelanggan akan menjadi asas kepada semua aktiviti kami, sama ada jualan atau selepas jualan.

“Kami sudah memulakan perjalanan untuk membawa perubahan ini. Maka, inisiatif-inisiatif ini akan membantu kami memperoleh kepercayaan daripada para pelanggan di Malaysia,” kata Pengarah Urusan VGM, Armin Keller.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button