
VW GOLF GTE: TIBA DI MALAYSIA 2015
Berita yang mengujakan daripada Volkswagen Group Malaysia (VGM), model Volkswagen Golf GTE bakal ditawarkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2015!
Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden Eksekutif Operasi Komersial untuk Pasaran China/Asean Volkswagen AG, Weiming Soh dalam ucapannya pada Das Event malam semalam.
Biarpun begitu, tiada perincian diberikan. Jadi, masih belum dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar Glof GTE akan mula dijual dan berapakah harganya. Apa yang pasti, dengan teknologi yang kemampuan yang dimilikanya, Golf GTE bukanlah murah.
Untuk makluman, Golf GTE merupakan model plug-in hybrid pertama yang memiliki DNA Golf GTI. Menggabungkan aspek sporty dan kelestarian, Golf GTE menawarkan prestasi luar biasa yang diwarisi daripada model Golf GTI dan sifar emisi apabila menggunakan E-mode.
Penggunaan bahan apinya sangat menjimatkan. Hanya 1.5L bagi setiap 100km dan mampu mencapai jarak sejauh 939km dalam mode hibrid. Golf GTE boleh mencatat kelajuan maksimum sehingga 222km/j dan pecutan 0-100km/j dalam tempoh cuma 7.6 saat.
Lebih menarik lagi, kereta itu tidak memerlukan sebarang struktur khas untuk mengecaj. Malah ia boleh dicaj penuh dalam tempoh kurang empat jam menggunakan soket konvensional.
Sehingga kini, VGM sudah menawarkan 15 model ke pasaran tempatan dengan empat daripadanya dipasang di Malaysia. Kereta-kereta ini dilengkapi dengan teknologi penjimatan bahan api termasuklah enjin TSI.
[hr]GALERI

















