Buletin

VOLKSWAGEN SEREMBAN KINI SUDAH BEROPERASI

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan HICOM Auto semalam melancarkan pusat 3S Volkswagen Seremban secara rasmi.

Ia merupakan satu-satunya pusat sah Volkswagen di Negeri Sembilan dan pusat 3S Volkswagen kedua oleh HICOM Auto selepas Volkswagen Semenyih.

Memiliki keluasan keseluruhan lebih 24,735 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Seremban mampu menempatkan sehingga lapan buah kenderaan dan sebuah lounge.

Pusat servis itu mempunyai 13 ruang servis yang dikendalikan oleh 18 orang kakitangan berpengalaman dan berupaya menyelenggara sehingga 20 buah kereta sehari.

Kemudahan tersebut  terletak di kawasan Indusri Oakland yang strategik.  Dengan pelaburan awal berjumlah RM1.5 juta daripada HICOM Auto, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan di Seremban 2 serta Negeri Sembilan.

Ia ada  menyediakan perkhidmatan “pengambilan & penghantaran” kepada pelanggan yang tinggal dalam lingkungan 5km. Bagi memudahkan pelanggan, penasihat jualan boleh menghantar kereta baharu ke rumah atau pejabat jika diminta untuk berbuat demikian.

“Dengan permintaan terhadap kenderaan Volkswagen yang kian meningkat, para pelanggan kami kini boleh mengharapkan tempoh masa menunggu slot servis dapat dikurangkan secara signifikan,” kata Ketua Divisyen Automotif, Pengedaran Automotif dan Pengilangan & Kejuruteraan DRB-HICOM Berhad, Rohime Shafie

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8:30am hingga 7:00pm. Pada hari Ahad dan dan cuti umum, ia dibuka dari jam 10:00am hingga 6:00pm.

Perkhidmatan selepas jualan pula ialah dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30am hingga 5:30pm dan 8:30am hingga 1:00pm pada setiap hari Sabtu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button