Buletin

VOLVO BUKA PUSAT 3S BAHARU DI MUTIARA DAMANSARA

Volvo Cars Malaysia (VCM) baru-baru ini melancarkan pusat 3S terbaharu di Mutiara Damansara bersama rakan pengedarnya, Ingress Swede Automobile Sdn. Bhd. (Ingress Swede). 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, VCM fokus untuk mengembangkan keberadaan ragkaian peruncitan, selari dengan strategi transformasinya. Ia kini memiliki 12 buah bilik pameran di seluruh negara dengan tiga lagi lokasi dijangka dibuka pada tahun ini. 

Proses pengembangan ini sememangnya penting dalam meningkatkan angka jualan kenderaan Volvo. 

“Dalam segmen premium, produk bukanlah faktor tunggal yang diambil kira oleh pelanggan ketika mereka membuat pembelian. Aspek lain yang sama pentinya termasuklah nilai, kualiti dan akses kepada servis sepanjang mereka memiliki kereta berkenaan,” kata Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain. 

Pusat 3S itu akan menempatkan sebuah bilik pameran dan pusat servis yang dibina khas demi memenuhi standard peruncitan terkini Volvo Cars. Dikenali sebagai Volvo retail Experience (VRE), ia menyerlahkan nilai dan warisan Scandinavian. 

Tahun ini sememangnya menjadi tahun terbaik buat VCM apabila mencatat pertumbuhan lebih 60 peratus untuk tahun ke tahun bagi separuh pertama 2019. VCM menjangkakan mementum positif ini akan berterusan hingga ke suku terakhir tahun ini, dipacu oleh pengenalan produk-produk baharu nanti. 

Pusat 3S itu akan dibuka dari jam 8.00 hingga 6.00pm, Isnin hingga Sabtu. Sementara pada hari Ahad dan cuti umum pula, ia beroperasi dari 10am-4.00pm. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button