
VOLVO CAR MALAYSIA RECALL 545 UNIT KERETA, MASALAH MODUL KAWALAN BREK
Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengeluarkan notis panggilan semula ke atas 545 kenderaan Volvo model 2023 seperti XC40, C40, S60, V60, XC90 dan S90 disebabkan oleh isu modul kawalan brek.
Menurut VCM, kenderaan terbabit mungkin akan mengalami masalah seperti pedal brek menjadi keras, selain kehilangan sokongan brek elektronik.
Namun kuasa brek masih boleh diberikan pada pedal brek. Sekiranya ia terjadi, mesej amaran akan dipaparkan kepada pemandu menerusi modul informasi pemandu (DIM).

Setakat ini tiada laporan kemalangan atau kecederaan melibatkan isu modul kawalan brek di Malaysia, tetapi VCM menegaskan keselamatan pengguna adalah keutamaan mereka.
Melalui kenyataan VCM, pemilik kenderaan yang terjejas akan dimaklumkan sewajarnya. Mereka dikehendaki membawa kereta ke pusat servis untuk membaiki isu tersebut.
Seperti yang dilaporkan baru-baru ini, isu modul kawalan brek boleh menyebabkan Sistem Brek Antikunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan kawalan cengkaman tidak berfungsi.
Ia juga boleh menjejaskan ciri sistem bantuan pemandu lain seperti kawalan pelayaran adaptif dan pemanduan satu pedal. Jika masalah itu berlaku, ia tidak akan menjejaskan keupayaan pemandu untuk menekan brek secara manual. – Malay Mail
- BACA: JUALAN VOLVO CAR MALAYSIA MENINGKAT 43 PERATUS PADA TAHUN LALU, PERTUMBUHAN JUALAN KUKUH 7 TAHUN BERTURUT-TURUT
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA LAKSANA DASAR FAMILY BOND. BERI CUTI PATERNITI 42 MINGGU KEPADA PEKERJA
- BACA: VOLVO SAH AKAN LANCAR EV C40 RECHARGE CKD KE MALAYSIA TAHUN INI!
- BACA: VOLVO CARS MALAYSIA CATAT JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH, 2,229 UNIT PADA TAHUN 2021