Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA LAKSANA DASAR FAMILY BOND. BERI CUTI PATERNITI 42 MINGGU KEPADA PEKERJA

Selepas setahun memperkenalkan dasar Family Bond di peringkat global, Volvo Car Malaysia meneruskan usaha menyokong kelayakan cuti paterniti yang saksama, merapatkan jurang antara jantina dan menyediakan peluang sama rata untuk perkembangan kerjaya.

Dasar Family Bond memberi semua pekerja di pejabat dan kilang Volvo Car Malaysia yang telah bekerja selama sekurang-kurangnya satu tahun dengan cuti paterniti selama 24 minggu. Dasar itu terpakai untuk ibu dan bapa, termasuk ibu bapa angkat dan boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun pertama mereka menjadi ibu bapa.

Ketika berkongsi pengalaman, Veena Menon, Pengurus CRM di Volvo Car Malaysia berkata: “Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat bersyukur mendapat cuti paterniti berbayar selama 24 minggu apabila saya melahirkan bayi. Saya menghargai kepentingan ikatan awal kasih sayang dalam pembesaran anak.

“Itulah sebabnya saya gembira dapat menggunakan manfaat dasar Family Bond untuk membina ikatan dengan bayi semasa tempoh yang paling penting dalam kehidupannya. Saya sangat gembira berada dalam sebuah organisasi yang moden dan progresif seperti ini. 

“Volvo sentiasa memberi tumpuan kepada insan. Menerusi Family Bond, syarikat memberi peluang kepada ibu dan bapa untuk memainkan peranan yang saksama dalam membesarkan anak mereka. Dalam sebuah masyarakat yang maju, kesaksamaan jantina adalah sangat penting. 

“Persoalan sama ada seseorang perlu memilih antara kerjaya atau keluarga sepatutnya tidak timbul. Saya harap lebih banyak organisasi yang akan mengikuti jejak langkah Volvo Cars dalam menawarkan cuti paterniti berbayar demi kesejahteraan keluarga.”

Family Bond kini ditawarkan kepada lebih 40,000 orang pekerja Volvo Cars di seluruh dunia termasuk di kilang dan di pejabat. Sehingga kini, lebih 160 orang pekerja telah menerima manfaat dasar tersebut di seluruh dunia.

“Dasar Family Bond menonjolkan budaya dan nilai syarikat kami. Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan penambahan kepada dasar cuti paterniti yang sedia ada. Kini bapa yang bekerja diberi cuti sehingga tujuh hari dan ibu yang bekerja pula sehingga 98 hari. 

“Ini merupakan langkah positif yang dinanti-nantikan dan ke arah hak cuti paterniti yang lebih saksama,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump. 

Maklumat lanjut tentang dasar Family Bond, sila layari https://www.volvocars.com/intl/about/family-bond/ atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG

Google ads
Back to top button