Buletin

VOLVO CARS MALAYSIA CATAT JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH, 2,229 UNIT PADA TAHUN 2021

Volvo Cars Malaysia (VCM) baru-baru ini mengumumkan prestasi jualannya untuk tahun 2021 mencecah 2,229 unit, peningkatkan sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia juga menjadi rekod jualan tertinggi sejak VCM ditubuhkan. 

Angka itu merupakan pertumbuhan enam tahun berturut-turut. Disember 2021 juga mencatat sejarah dengan jualan tertinggi 524 unit. Hampir 73 peratus jualan kereta Volvo di Malaysia terdiri daripada model Recharge. 

“Kami berbangga dengan jumlah jualan pada tahun 2021. Walaupun 2021 merupakan tahun yang cukup mencabar, kami berjaya meraih kepercayaan pelanggan untuk mendapatkan kenderaan yang selamat dan lestari. 

“Usaha kolektif di antara kakitangan dan para pengedar telah dibuat untuk tahun 2022 dalam usaha mencapai matlamat menjadi syarikat pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030,” kata Pengarah Urusan VCM, Charles Frump. 

Di peringkat global, jualan Volvo Cars meningkat sebanyak 5.6 peratus kepada 698,693 unit pada tahun 2021. Ia jelas membuktikan populariti model Recharge yang terdiri daripada jentera EV atau plug-in hybrid dan mewakili 27 peratus daripada jualan keseluruhan Volvo Cars. 

Google ads
Back to top button