" "
Buletin

VOLVO TRUCKS PERKENAL PRIME MOVER EV PERTAMA DI MALAYSIA. 657HP, 300KM SEKALI CAJ

Volvo Trucks Malaysia (Volvo Trucks) hari inimelakukan debut secara rasmi trak prime mover elektrik pertamanya di pasaran Malaysia. 

Menjadi model pertama seumpamanya diperkenalkan di rantau Asia Tenggara, trak yang dibina di atas prime mover Volvo FM itu diserahkan kepada syarikat logistik Swift Haulage Berhad. 

Pelancaran rasmi tersebut menandakan kemasukan model-model EV untuk Volvo FM, FH dan FMX ke negara ini. 

Volvo Fully Electric Prime mover itu menggunakan rangkaian kuasa yang menjana 657 hp dan tork 2,400Nm. Jentera itu hadir dengan pelbagai konfigurasi pacuan boleh ditetapkan termasuklah 4×2, 6×2 dan 6×4. 

Trak elektrik prime mover Volvo FM dipasang dengan pek bateri berkapasiti sehingga 540 kWh yang mempu bergerak sejauh 300km untuk sekali cas penuh. 

Prime mover berkenaan menyokong pengecasan AC 43kW yang membolehkan bateri dicas spenuh dalam masa 10 jam. Jika menggunakan pengecasan pantas (DC) sehingga 250kW,  tempoh mengecaj hanya sekitar dua jam sahaja. 

Bagi mengurangkan kesan rintangan angin atau pekali seretan, prime mover itu didatangkan dengan rekaan kabin aerodinamik yang bertujuan membantu mencapai jarak gerak yang lebih jau. 

Untuk keselamatan, Volvo Prime Mover ini dilengkapi sistem bunyi yang mampu memberikan amaran kepada pengguna jalan raya terutama pejalan kaki, bantuan pengelakan pelanggaran titik buta (Side Colision Avoidance Support) dan unit lampu LED yang terang. 

Ruang kabin Volvo FM Electric Prime Mover menggunakan bahan yang mampu meminimumkan pelepasan gas emisi, serta rekaan yang mengelakkan kecederaan. 

Sistem stereng dinamik Volvo (Volvo Dynamic Steering) merupakan sistem aktif yang direka untuk membantu pengendalian dan kestabilan. Segala data pula boleh dibaca menerusi skrin digital kluster berdefinisi tinggi bersaiz 12 inci dan skrin tengah berukuran sembilan inci. 

Berbanding trak konvensional, trak elektrik Volvo itu mampu menyediakan persekitaran kerja yag lebih sihat tanpa bunyi bising enjin dan gegaran di dalam kabin. Selain memberi impak yang rendah terhadap alam sekitar. 

Volvo Trucks percaya pendekatan pelbagai pihak merupakan kunci dalam pembinaan ekosistem elektrik di Malaysia. 

Menerusi kerjasama dengan Malaysian Green Technology And Climate Change (MGTC), Volvo Trucks akan didaftarkan di bawah inisiatif MyHijau untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan hijau kepada pelbagai pemain industri di Malaysia. 

Di bawah MyHijau, pemain industri yang memilih Volvo Electric Trucks akan mendapat manfaat berikut:

  • Insentif cukai teknologi hijau seperti Green Investment Technology Allowance (GITA)
  • Analisis kos pemilikan penuh berdasarkan keperluan logistik
  • Sokongan dan latihan untuk mendidik operator trak, pemandu dan juruteknik untuk teknologi EV, prosedur penyelenggaraan dan amalan terbaik
  • Pilihan pembiayaan fleksibel daripada institusi kewangan

Selari dengan komitmen kerajaan untuk memasang lebih banyak stesen pengecasan menjelang 2025, Volvo Trucks berharap pertimbangan yang lebih besar diberikan kepada industri logistik dan pengangkutan yang akan menyokong talian hayat ekonomi negara.

GALERI

Google ads
Back to top button