Buletin

VOLVO XC40 DINOBAT SEBAGAI CAR OF THE YEAR 2018-2019 DI JEPUN

Volvo XC40 telah dipilih sebagai “The Japanese car of the year” bagi musim 2018-2019 dalam satu anugerah yang diumumkan di Tokyo International Exchange Center di Tokyo dua hari lalu.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut yang dibolot Volvo di mana tahun lalu, mereka turut memenangi anugerah yang sama dengan model XC60.

Seramai 60 orang penulis automotif berpengalaman di Jepun telah mengundi dari 10 kereta yang telah dipilih ke peringkat akhir. Sebenarnya, senarai tersebut menjadi 9 selepas, penyertaan Subaru dibatalkan.

Anugerah ini dipilih berdasarkan kenderaan yang dilancarkan sepanjang tempoh 1 November 2017 hingga 31 Oktober 2018.

BACA: VOLVO XC40 DILANCARKAN. RM255K

Volvo XC40 adalah SUV paling kecil dalam keluarga Volvo dan model terkini global mereka.  Dikuasakan oleh enjin Drive-E bersesaran 2.0 liter yang ampu menjana kuasa mencecah 252hp dan tork 350Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Tahap penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.7 liter bagi setiap 100km dengan pecutan 0-100km/j boleh dicapai dalam masa hanya 6.4 saat.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH

1 –  Volvo XC 40 363 mata
2 –  Toyota Corolla Sports 314 mata
3 –  VW Polo 197 mata
4 –  Toyota Crown 170 mata
5 –  Mitsubishi Eclipse Cross 156 mata
6 –  Mazda CX – 8 111 mata
7 –  Alfa Romeo Stelvio 106 mata
8 –  BMW X2 47 mata
9 –  Honda Clarity PHEV 36 mata
*Subaru Forester terbatal

Google ads
Back to top button