Buletin

NISSAN PANGGIL SEMULA 150,000 KENDERAAN DI JEPUN AKIBAT KESILAPAN PEMERIKSAAN AKHIR

Nissan telah mengumumkan bahawa mereka akan memanggil semula 150,000 kenderaan di Jepun kerana ujian semasa pemeriksaan akhir yang tidak sempurna.

Nissan dalam satu kenyataan akhbar memberitahu bahawa mereka telah menemui beberapa ketidaksempurnaan yang mungkin menyebabkan keputusan tidak tepat atau gagal dalam proses pemeriksaan. Ia melibatkan sistem brek, pengendalian dan pengukur kelajuan.

Penarikan semula itu telah dikemukakan berikutan kes salah laku yang ditemui semasa pemeriksaan oleh pengawal selia di kilang utama Nissan.

Dilaporkan bahawa beberapa pekerja mengakui kepada pegawai pemeriksa bahawa mereka tidak mengikuti protokol dalam ujian.

Nissan berkata isu itu berlaku kerana kekaburan mengenai prosedur pemeriksaan kenderaan akhir dan kekurangan pemahaman tentang amalan kepatuhan standard.

Pembuat kereta itu mendedahkan bahawa kenderaan yang terlibat dalam penarikan itu dihasilkan di kilang pengeluaran Oppama dan Auto Work,s Kyoto. Model yang akan ditarik balik termasuk Note, Leaf generasi kedua, Juke, Cube dan Sylphy, semuanya dihasilkan untuk pasaran domestik.

Google ads
Back to top button