Buletin

VPCM DAN MHV AUTOHAUS LANCAR BILIK PAMERAN DAS WELTAUTO SENDIRI PERTAMA DI MALAYSIA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan rakan pengedarnya, MHV Autohaus, melancarkan secara rasmi bilik pameran bebas Das WeltAuto (DWA) yang pertama di Malaysia.

Terletak di Gombak, ia mempunyai keluasan 18,500 kaki persegi di samping mampu memuatkan sehingga 55 unit kereta, termasuk dua ruang parkir tambahan.

Pengarah MHV Autohaus, Koh Sai Men, berkata, “Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting buat MHV Autohaus. Sebagai pengedar, kami menawarkan pelbagai model Volkswagen yang telah diperiksa secara terperinci oleh juruteknik berpengalaman,”

Untuk rekod, DWA menawarkan pilihan kereta terpakai selain pelanggan boleh memanfaatkan pilihan pembiayaan menarik, jaminan lanjutan serta bantuan tepi jalan selama setahun daripada setiap pembelian kereta Volkswagen dari Das WeltAuto.

Selain itu, pelanggan juga boleh menjual kereta mereka melalui laman web Das WeltAuto dan hanya perlu klik di bahagian ‘Sell Your Car’.

Ciri lain terdapat laman web ini termasuklah bahagian ‘Newly New Cars’, di mana paparan berkenaan menyenaraikan kereta-kereta dengan jarak perbatuan kurang 12,000km dan didaftarkan dalam tempoh setahun.

Untuk maklumat lanut, anda boleh terus ke laman web rasmi Das WeltAuto, https://dasweltauto.com.my/.

Google ads
Back to top button