Buletin

SIME DARBY BUKA PUSAT 3S BYD DI ARA DAMANSARA, GLENMARIE & CHERAS

Sime Darby Motors, cabang automotif Sime Darby Berhad dan BYD mencatat satu lagi kejayaan dengan pelancaran rasmi tiga pusat 3S di Lembah Klang. Terletak di Ara Damansara, Glenmarie dan Cheras, kemudahan tersebut berperanan memberi akses, serta perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik untuk pelanggan BYD di kawasan Lembah Klang.

Anak syarikat Sime Darby Motors, Sime Darby Beyond Auto (SDBA), melancarkan pusat 3S BYD di Ara Damansara.  SDBA melabur kira-kira RM11 juta untuk pusat BYD 3S baharu di Ara Damansara. Pusat ini terletak di atas kawasan seluas 19,375 kaki persegi yang dilengkapi kemudahan terkini dan konsep runcit yang mencerminkan identiti jenama BYD. 

Kemudahan itu mempunyai empat ruang kerja dengan kapasiti untuk servis hingga 270 unit kenderaan sebulan dengan 48 orang pekerja.

Pusat BYD 3S di Glenmarie yang dikendalikan oleh BYD Sisma Auto memiliki keluasan sekitar  21,527 kaki persegi. Ia mempunyai kapasiti untuk mempamerkan sehingga sembilan kenderaan dan dilengkapi dengan 10 ruang servis.

Pusat BYD 3S di Cheras pula dikendalikan oleh Millenium Autobeyond dengan keluasan kira-kira 21,323 kaki persegi dan kapasiti untuk mempamerkan sehingga empat kereta dan dilengkapi lima ruang servis.

“Sebagai salah satu pemain utama dalam industri automotif, pembukaan tiga pusat BYD 3S adalah bukti komitmen kami ke arah memacu lebih banyak kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami juga berusaha untuk menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan bertaraf dunia kepada pelanggan BYD. 

“Kami gembira dapat menjalin hubungan kukuh dengan rakan kongsi pengedar iaitu Sisma Auto dan Millenium Autobeyond. Kami berharap dapat menawarkan kenderaan BYD yang inovatif dan lestari kepada rakyat Malaysia bagi memenuhi keperluan mobiliti mereka dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato’ Jeffri Salim Davidson.

“Kami berbesar hati untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Sime Darby Motors untuk membawa kenderaan inovatif BYD dengan pengalaman pemanduan yang hebat, teknologi hijau kepada semua rakyat Malaysia. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Sime Darby Beyond Auto di atas pembukaan pusat BYD 3S yang pertama ini. 

“Ia menjadi titik penting bagi pertumbuhan kami di wilayah ini. BYD akan membawa masuk produk dan teknologi yang lebih maju ke pasaran Malaysia untuk pengalaman mobiliti kehidupan hijau yang lebih baik,” kata Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu. 

Pelanggan boleh menikmati pelbagai kemudahan di Pusat BYD 3S baharu ini seperti ruang istirahat yang selesa, perkhidmatan WiFi percuma, ruang pengecasan, serta hidangan kopi dan snek tanpa had.

Dengan perkembangan yang begitu menggalakkan, BYD sedang berusaha bersungguh-sungguh ke arah membina lebih banyak bilik pameran BYD demi memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di wilayah utara dan selatan. 

Pelanggan BYD di Lembah Klang kini boleh mengunjungi pusat BYD 3S berikut:

  • BYD Ara Damansara
  • Alamat : Block 1, Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
  • No telefon : 1300-38-1888
  • Waktu operasi: Isnin – Sabtu: 8:30am – 5:30pm
  • Ahad & Cuti Umum: 10:00am – 5:00pm
  • Laman Web : https://byd.simedarbymotors.my 
  • BYD Sisma Auto
  • Alamat : 19, Jalan Perintis U1/52, Section U1 Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
  • No telefon : 03-5569 2260
  • Waktu operasi : Isnin – Jumaat: 9:00am – 6:00pm
  • Sabtu: 10:00am – 5:00pm
  • Ahad: 10:00am – 5:00pm
  • Laman web: https://byd.sismaauto.com/ 
  • Millenium Autobeyond
  • Alamat : No 691, Batu 5, Jln Cheras, Taman Mutiara Barat, 56100 Kuala Lumpur
  • No telefon : 03-9133 7228
  • Waktu operasi : Isnin – Sabtu: 8:30am – 5:30pm
  • Ahad: 10:00am – 5:00pm
Google ads
Back to top button