
PANDU UJI DAN LIHAT LEBIH DEKAT KELUARGA #SUVW VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE. RASAI KEMERIAHAN PIALA DUNIA DAN HARI KRISMAS, BERSAMA TAWARAN SELEPAS JUALAN YANG HEBAT
Sempena kemeriahan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA dan sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, semua bilik pameran Volkswagen dihiasi dengan hiasan Piala Dunia dan Krismas.
Pemenang aktiviti yang dianjurkan di bilik pameran Volkswagen juga akan menerima barangan Volkswagen #WeDriveFootball yang eksklusif.
Justeru, anda semua dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran anda di seluruh negara untuk memandu uji SUVW impan pada 17 hingga 18 Disember 2022.
Acara pada hujung minggu itu istimewa untuk model keluarga Tiguan Allspace. Jangan lepaskan peluang ini!

Bukan itu sahaja, pemilik Volkswagen boleh memanfaatkan kempen selepas jualan yang turut merangkumi promosi #WeDriveFootball. Antara tawaran yang diberikan ialah diskaun sebanyak 10 peratus ke atas cakera brek, pad brek, pembersih cermin utama dan bilah pengelap cermin.
Pelanggan juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 20 peratus untuk bateri dan tayar. Mereka yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah Volkswagen #WeDriveFootball. Jadi, tunggu apa lagi?
Apabila berada di bilik pameran, jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat SUV Volkswagen Tiguan Allspace.
Sedia maklum bahawa kini pengguna lebih gemar memilih SUV berbanding model lain kerana ia menggabungkan aspek praktikaliti, reka bentuk, teknologi dan pakej yang serba lengkap kepada pengguna.

Masalahnya sekarang, ada terlalu banyak pilihan SUV di pasaran. Jenama, saiz dan julat harga yang berbeza membuatkan tugas untuk memilih SUV yang paling sesuai untuk anda dan keluarga menjadi semakin sukar.
Jangan bimbang, selepas anda melihat dan memandu Tiguan Allspace, urusan membuat keputusan akan menjadi lebih mudah. Tiguan Allspace hadir dalam tiga varian iaitu Life, Elegance dan R-Line untuk disesuaikan dengan personaliti serta bajet anda.
Menjadi model aras mula, Tiguan Allspace Life membolehkan anda memiliki sebuah SUV tujuh tempat duduk berjenama Jerman pada harga cuma RM159,990 seunit.
Jentera itu dijana oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipandankan bersama kotak gear DSG enam kelajuan. Rangkaian kuasa tersebut menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.7 liter bagi 100km, cukup jimat untuk kenderaan keluarga sebesar ini.
Ia juga didatangkan dengan pelbagai ciri menarik termasuklah sistem infohibur Discover Pro bersama skrin bersaiz 9.2 inci, ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa tiga zon serta stereng dibalut kulit.

Sebagai sebuah SUV keluarga, Tiguan Allspace menawarkan ruang kargo mencecah 1,775 liter. Cukup untuk membawa apa sahaja beg atau keperluan anda ketika balik kampung atau bercuti.
Aspek keselamatan pula dipertingkatkan menerusi enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), brek anti kunci (ABS), Brake Assist (BA), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), brek parkir elektronik (EPB), Lane Assist, Driver Alert dan banyak lagi.
Jika ada bajet lebih sikit, pilih sahaja varian Tiguan Allspace Eelegance yang ditawarkan pada harga RM188,00 seunit. Varian ini tampil lebih menarik dengan banyak kemasan krom pada bahagian luaran, trim sisi ‘Allspace’, perumah cermin sisi berwarna perak dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.
Ia menggunakan enjin yang sama dengan varian Life iaitu enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm, transmisi DSG enam kelajuan serta penggunaan minyak sekitar 7.7l/100km.
Lampu utama dan lampu belakang menggunakan teknologi LED yang menawarkan sebaran cahaya lebih meluas yang sesuai untuk pemanduan di bandar. Lampu tingginya pula menjanjikan cahaya yang dua kali lebih terang. Manakala lampu belakang hadir bersama isyarat dinamik yang cantik untuk dipandang.

Masuk ke ruang kabin, tempat duduknya dibalut oleh kulit Vienna untuk rasa lebih mewah. Tempat duduk hadapan yang hadir dengan ciri suhu aktif itu boleh dilaras sehingga 12 cara secara elektrik untuk memberi lebih keselesaan.
Skrin Digital Cockpit berukuran 11.7 inci menjanjikan paparan yang lebih jelas dan tajam. Terima kasih kepada penggunaan paparan TFT beresolusi tinggi seperti yang ada pada telefon pintar premium.
Bagi mereka yang mahukan model paling lengkap, Tiguan Allspace R-Line 4MOTION pasti menjadi pilihan. Ditawarkan pada harga RM235,990 seunit, varian lebih berkuasa ini dilengkapi enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan.
Mampu menjana sehingga 220PS dan tork 350Nm, kuasa itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION untuk kawalan dan cengkaman yang lebih baik. Walaupun begitu berkuasa, ia masih boleh mencatat penggunaan bahan api sekitar 8.6l/100km.

Sebagai sebahagian daripada sistem 4MOTION, pemandu boleh memilih mode pemanduan seperti On-Road, Off-Road, Off-Road Expert dan Snow menerusi Dynamic Chasis Control (DCC).
Peminat muzik pula pasti berpuas hati dengan kualiti sistem bunyi premium Harman Kardon 480-watt bersama 10 unit pembesar suara. Sistem audio yang lengkap dengan empat profail audio dan mode keliling itu menjanjikan bunyi yang mengasyikkan.
Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Tiguan Allspace R-Line 4MOTION dilengkapi 7 beg udara, ABS, BA, Electronic Stability Control (ESC), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), brek parkir elektronik (EPB) dan banyak lagi.