
KIA PANGGIL SEMULA 109,000 UNIT KENDERAAN DI AMERIKA, METER DIGITAL ROSAK
Kia Amerika telah mengeluarkan memo rasmi bagi memanggil semula hampir 108,936 unit kenderaan jenama Kia yang dijual di Amerika, disebabkan masalah kerosakan meter digital dan gagal berfungsi sepenuhmya. Masalah ini akan menyebabkan kenderaan Kia gagal mematuhi Federal Motor Vehicle Safety Standards (FMVSS) di Amerika
Panggilan semula ini melibatkan Kia Soul 2023, Kia Telluride, Kia Niro Hybrid, Kia Niro Plug-in Hybrid, Kia Sportage, Kia Sportage Hybrid dan Kia Sportage Plug-in Hybrid yang menggnakan skrin LCD 4.2 inci. Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), isu ini adalah disebabkan kegagalan skrin memaparkan maklumat penting disebabkan masalah sistem elektrik yang tidak stabil sewaktu enjin dihidupkan
Keadaan ini menyebabkan skrin LCD 4.2 inci ini menjadi gelap seaktu dipandu dan gagal memaparkan segala maklumat pemanduan menurut standard keselamatan FMVSS. Keadaan ini menyebabkan pemandu gagal melihat mesej amaran, sistem kawalan tekanan angin tayar dan juga beberapa amaran yang lain
Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan disebabkan isu ini, namun Kia mengambil langkah awal bagi memastikan semua kenderaannya mematuhi FMVSS. Semua pemilik yang terlibat akan dihubungi oleh Kia Amerika bagi proses pembaikan percuma menerusi surat rasmi manakala pemilik yang telah membetulkan masalah ini sendiri akan menerima gantirugi tunai daripada Kia
Pada bulan April 2023, Kia Amerika juga telah memanggil semula 51,000 unit MPV Kia Grand Carnival disebabkan masalah pintu gelungsur yang telah menyebabkan 9 kes kecederaan yang telah dilaporkan