Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN ID, APAKAH MAKSUD ID? INTERIOR DESIGN?

Kalau anda perasan, Volkswagen mulai melancarkan beberapa model sedan dan SUV bar yang dinamakan dengan 2 huruf iaitu ID. Antaranya ialah ID.4 SUV, ID.3 dan ID. Buzz yang merupakan model elektrik sepenuhnya yang dihasilkan oleh Volkswagen, bagi membersihkan nama mereka dari skandal Dieselgate

Menurut jurucakap Volkswagen, ID membawa maksud “intelligent design, identitiy & visionary technologies.” Namun demikian ia bukanlah nama semata-mata, sebaliknya ia merupakan sat simbolik usaha Volkswagen dalam membawa teknologi baru automotif dan bebas karbon, lengkap dengan sistem ADAS, sistem kemaskini dengan menggunakan internet dan sistem sambungan elektrik.

Semua model ID dibina dengan menggunakan platform modular MED ataupun Modular Electric Drive Kit. Ia merupakan platform baru dibina oleh Volkswagen bagi kenderaan trenkuasa elektrik, dengan saiz platform boleh diubahsuai bagi membina kereta sport, sedan ataupun SUV

Model pertama yang menggunakan logo ID ialah ID.3 dinamakan nombor 3 kerana ia merupakan kenderaan ke 3 paling penting selepas kelahiran model Beetle dan juga Golf. Manakala ID.R pula merujuk kepada jentera perlumbaan yang berasaskan platform MEB.

Bagi kes nombor 4 yang digunakan pada model ID.4 pula membawa maksud SUV elektrik dengan Volkswagen menegaskan semua SUV keluaran mereka akan menggunakan nombor genap selepas daripada ini, manakala nombor 3, 5 dan 7 merujuk kepada sedan

ID.Buzz pula merupakan kelahiran semula Volksawagen Combi iaitu van klasik Volkswagen dengan rekaan luar memberi fokus kepada keselesaan maksimum 5 penumpang manakala ruang barisan ketiga dikhaskan untuk ruang kargo.

Setakat ini pada pandangan penulis ID.Buzz merupakan model paling menarik yang dihasilkan oleh Volkswagen, dikuasakan dengan bateri ion-lithium sebesar 82 kWh dan dipadankan dengan motor elektrik yang menjana 198 kuasa kuda. ID.Buzz boleh dipandu sejauh 418km untuk satu pengecasan penuh

Google ads
Back to top button