Buletin

VW MALAYSIA LANCAR PUSAT SERVIS TEKNIKAL

Volkswagen Malaysia bersama pengedar sahnya Cergaz Autohaus baru-baru ini melancarkan Pusat Servis Teknikal  Volkswagen yang pertama seumpamanya di Malaysia.

VW-Technical-Service-Centre-mekanika (4)

Pusat Servis Teknikal Volkswagen baharu itu akan beroperasi sebagai satu pusat penjagaan pakar untuk proses pembaikan dan perkhidmatan selepas jualan. Ia dilengkapi peralatan-peralatan diagnostik tercanggih dan sepasukan mekanik terlatih yang beroperasi di bawah seliaan Jurutera Pakar bertauliah daripada Volkswagen.

Pusat yang berpangkalan di Jalan Sungai Penchala di Taman Tun Dr. Ismail itu akan berfungsi untuk memberikan khidmat selepas jualan dan pembaikan kepada semua kenderaan bukan komersial Volkswagen, tanpa mengira model atau tahun buatannya.

VW-Technical-Service-Centre-mekanika (5)

“Pusat Servis Teknikal Volkswagen  baharu ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Volkswagen Malaysia untuk menawarkan khidmat selepas jualan bertaraf dunia di Malaysia. Ia juga selari dengan janji kami untuk ‘Sentiasa Berada di Sisi Anda’,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Memiliki sebanyak 10 ruang pembaikan dan kawasan tambahan untuk 30 buah kenderaan, Pusat Servis Teknikal Volkswagen ini dijangka mempunyai kapasiti servis sebanyak 7,000 buah kereta setahun. Pasukan sepenuh masa yang terdiri daripada 17 orang kakitangan bermakna mereka mempunyai sasaran untuk menyiapkan majoriti kereta dalam tempoh 24 jam.

VW-Technical-Service-Centre-mekanika (3)

Pusat Servis Teknikal Volkswagen turut akan menyediakan servis menunda 24/7 sekiranya kereta mengalami kerosakan. Ia merupakan tambahan kepada jadual servis berkala yang dilaksanakan oleh pihak Cergaz Autohaus.

Maklumat lanjut, sila hubungi Volkswagen Malaysia di talian Tol Percuma: 1800-88-8947

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button