Motosikal

VESPA SPRINT LEBIH BERPRESTASI

Pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia, NAZA Premira Sdn. Bhd. (NAZA Premira) sekali lagi mengujakan peminat Vespa tempatan apabila memperkenalkan Vespa Sprint.

Vespa-Sprint-mekanika (2)

Jentera serba baharu itu merupakan jelmaan semula model Vespa Vespino yang disifatkan sebagai lebih sporty dan berprestasi. Ia cukup popular di Eropah sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.

Biarpun jurang usianya begitu jauh, Vespa Sprint tetap mengekalkan karekter akstetiknya yang vintaj. Antaranya, tempat duduk berwarna hitam dengan kemasan garis putih serta lampu utama berbentuk empat segi.

Vespa-Sprint-mekanika (6)

Biarpun begitu, Vespa Sprint ialah sebuah skuter moden. Ia dilengkapi pelbagai ciri terkini seperti lampu LED, paparan digital multi fungsi dan rim aloi dengan rekaan terbaharu bersaiz 12 inci. Bukan itu sahaja, cermin pandang belakang juga telah direka semula untuk disesuaikan dengan penampilannya yang bergaya.

Vespa Sprint dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal empat lejang dengan tiga injap (2 intake 1 ekzos) bersesaran 150cc. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 8.7kW @ 7,500rpm dan tork 12.0Nm @ 5,000rpm.

SONY DSC

Direka dan dibina di kilang Piaggio di Pontedera, Itali enjin tiga injap yang unik itu adalah lebih ringan dan menjimatkan minyak berbanding enjin dua injap konvensional.

Penggunaan penghidup elektrik free-wheel dan klac kering centrifugal menambah penjimatan bahan api. Vespa mendakwa, model Sprint mampu mencatat penggunaan sekitar petrol sekitar 64km/l dengan purata kelajuan 50km/j.

Vespa-Sprint-mekanika (1)

Vespa Sprint boleh anda miliki pada harga RM13,888 seunit (tidak termasuk 6% GST). Ia turut hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tba dahulu).

Warna-warna menarik yang ditawarkan ialah putih, merah, kelabu, biru, kuning dan oren.

Vespa-Sprint-mekanika (13)

“Vespa Sprint merupakan satu model penting buat Piaggio dan NAZA Premira. Kami mensasarkan Vespa Sprint akan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada jualan keseluruhan Vespa pada tahun ini. Kami juga yakin bahawa jumlah jualan Vespa akan tumbuh sebanyak 100 peratus berbanding tahun lalu,” kata Naib Presiden II NAZA Premira, Farouk Faizal.

Buat masa sekarang, Vespa Malaysia mempunyai 25 pengedar sah yang lengkap dengan identiti korporat Vespa di seluruh negara. Bagi mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran tempatan, lima pengedar akan dibuka pada tahun ini.

SONY DSC

Sempena pelancaran Vespa Sprint, NAZA Premira turut memperkenalkan perkhidmatan Vespa Assist. Disokong oleh pihak AMM, program akan memberi bantuan kepada pemilik Vespa sekiranya motosikal mereka mengalami kerosakan, servis menunda secara percuma (bergantung kepada kawasan), pembaikan mudah di lokasi dan banyak lagi.

Vespa-Sprint-mekanika (12)

Bagi pelanggan yang mendaftarkan Vespa masing-masing mulai 1 April 2015, mereka layak menerima Vespa Assist selama setahun secara percuma. Perkhidmatan Vespa Assist sudah bermula pada 10 April lalu dan boleh dihubungi menerusi talian hotline: 011-2203 1111.
[hr]GALERI

Vespa-Sprint-mekanika (4)Vespa-Sprint-mekanika (7)Vespa-Sprint-mekanika (5)Vespa-Sprint-mekanika (11)Vespa-Sprint-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button