Buletin

VW PASSAT PLUS – KINI LEBIH BAIK & MENARIK

Passat Trendline PLUS ditawarkan pada harga RM144,990. Sementara Passat Comfortline PLUS berharga RM169,980 seunit.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan varian baharu ke dalam keluarga Passat menerusi Trendline PLUS dan Comfortline PLUS.

Kedua-dua varian baharu itu menerima penambahbaikan dari segi dalaman dan luaran yang lebih sporty.

Passat Trendline PLUS kini hadir dengan tempat duduk kulit, rim aloi Istanbul bersaiz 17 inci dan tinted bernilai RM8,000. Manakala penambahbaikan untuk Comfortline pula ialah rim aloi Monterey 18 inci dan tinted bernilai RM12,000.

Terhad sehingga 30 September 2017, Passat PLUS akan ditawarkan dengan kadar faedah istimewa serendah 0.88 peratus untuk pinjaman selama sembilan tahun.

Untuk memberi ketenangan minda kepada pelanggan, semua model Passat didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 75,000km (mana-mana tiba dahulu). Tawaran ini untuk pendaftaran sebelum 30 September 2017 sahaja.

Passat PLUS dijana oleh enjin 1.8L turbocharged TSI. Dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan, ia mampu menjana kuasa mencecah 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250 hingga 5,000rpm. Penggunaan bahan api pula sekitar 5.7l/100 km.

Passat Trendline PLUS ditawarkan pada harga RM144,990. Sementara Passat Comfortline PLUS pula berharga RM169,980 seunit.

Maklumat lanjut, layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/passat/passat-plus

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button