Buletin

ENRICO GALLIERA – LELAKI PALING KEJAM DI FERRARI

Sebut sahaja nama Ferrari rasanya tidak ada seorang pun manusia waras yang tidak kenal dengan nama pengeluar kereta ternama Itali ini. Tetapi jika nama Enrico Galliera disebut, ramai yang mengerutkan kening dan tertanya-tanya siapa mamat ni? Nak kata keturunan Enzo Ferrari nama keluarga pun tak sama. Nama ada iras-iras dengan kumpulan Nico tapi rupa memang jauh berbeza.

Walaupun kurang dikenali ramai, Galliera merupakan salah seorang individu yang paling berkuasa di Ferrari. Ini kerana jawatan beliau selalu Ketua Pegawai Pemasaran dan Komersial menjadikannya cukup berkuasa untuk memilih siapa yang layak untuk membeli model-model edisi terhad keluaran Ferrari.

Dalam satu temuramah Galliera mengatakan yang Ferrari mempunyai permintaan yang jauh mengatasi pengeluaran. Justeru itu apa yang perlu mereka lakukan ialah untuk memilih hanya pembeli yang benar-benar sahaja dipilih untuk model-model istimewa edisi terhad Ferrari.

Malah Ferrari menganggap model-model khas ini sebagai “cenderahati” untuk pelanggan terbaik mereka (padahal bukannya percuma pun).

BACA: SYUKURR…SUPERCAR SUPER LIMITED – LAFERRARI APERTA DAH SAMPAI MALAYSIA

Salah satu tugas Galliera yang paling sukar ialah untuk mengatakan ‘tidak’ kepada bakal-bakal pembeli. Beliau memberi contoh sewaktu syarikat menawarkan LaFerrari Aperta kepada 200 pelanggan terbaik mereka sebelum ianya dikeluarkan kepada umum. Respon yang diterima cukup menggalakkan di mana semua 200 memberikan jawapan positif untuk mendapatkan model tersebut.

Jika ada permintaan daripada mereka yang dirasakan tidak layak untuk memiliki Ferrari, permintaan tersebut akan ditolak walaupun anda mungkin seorang Raja, sambung Galliera. Ianya cukup mudah untuk dilakukan tetapi jika permintaan tersebut datangnya daripada pelanggan setia mereka pastinya beliau akan merasa serba salah.

BACA: FERRARI FXX K – KERETA HIPER HIBRID YANG MAMPU MEMBERI RENJATAN ELEKTRIK

Selain daripada itu Galliera menyatakan berbeza dengan pengeluar kereta lain, Ferrari tidak membenarkan para pekerja mereka untuk membeli model-model baharu keluaran mereka walaupun berkemampuan. Ini kerana mereka memiliki jumlah pengeluaran yang terhad dan senarai pembeli yang cukup panjang. Memang tak ada hati perut la kalau pelanggan tidak didahulukan.

Hanya pemandu-pemandu pasukan Formula Satu Ferrari sahaja dikecualikan daripada peraturan ini. Maklumlah mereka sendiri pun sedah menjadi seperti duta syarikat di mata dunia.

Tags
Google ads
Back to top button