Artikel PilihanBuletin

WAJIB KE LORI BUAT UJIAN NCAP? KENAPA BELAKANG TRAILER ADA BESI PENGHADANG?

Kita biasa tengok kereta sedan, MPV, crossover, SUV dan kebanyakan kenderaan penumpang yang dijual di serata dunia menjalani ujian perlanggaran bagi menguji kekuatan struktur kenderaan. Semakin kuat struktur kenderaan, makin tinggi peluang pemandu dan penumpang untuk selamat jika berlaku kemalangan.

Biasa kita tengok video ujian kemalangan kenderaan penumpang sahaja kan. Ini tidak bermakna kenderaan perdagangan seperti lori tidak diuji untuk keselamatan. Bagi lori ia mesti diuji bagi 2 keadaan iaitu ia mesti melindungi pemandu lori dan kedua melindungi pengguna jalan raya yang lain.

Walaupun tidak diminta oleh badan pemantau dunia, pembuat lori biasa menjalani ujian yang dipanggil Swedish Cab Strength Test khusus bagi menguji kekuatan kabin lori ketika situasi rollover. Ujian kemalangan bagi lori melibatkan ujian seperti:

1. kabin pemandu diletak dengan beban setinggi 15 tan bagi memastikan ia cukup kuat dan tidak ranap

2. Tiang A dihentaK dengan beban seberat 1.4 tan bagi memastikan struktur kabin tidak terjejas

3. Bahagian belakang cabin dihentam dengan beban yang sama

Semua ini dilakukan agar jurutera boleh memastikan kabin lori bertahan jika ia jatuh bergolek dan tiada struktur terjejas yang boleh membahayakan pemandu. Pada masa yang sama lori ini juga menjalani ujian rollover sebenar bagi memastikan ia bertahan ketika kemalangan

Bahagian ekor atau trailer pula akan diuji dengan 2 ujian bagi memastikan ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakan kes kemalangan maut terjadi apabila pengguna jalan raya yang lain melanggar trailer dalam situasi kemalangan underride

Kenderaan pengguna jalan raya yang lain terperosok di bawah trailer dan menyumbang kepada punca kemalangan maut di dunia. Bagi menghalang kenderaan lain dari terperosok di bawah trailer, ia mesti dilengkapi dengan under ride guard atau besi penghalang di bahagian belakang dan tepi trailer

Ujian seterusnya melibatkan ujian kemalangan lori dengan kenderaan lain pada halaju antara 30 sehingga 50km/jam. Lori akan diuji jika ia mengalami kemalangan dengan kenderaan penumpang, kemalangan berdepan dengan lori lain (head on collision test) serta offset barrier test bagi mensimulasi keadaan lori apabila melanggar lori lain dari arah belakang

Ujian sebegini sangat penting bagi memastikan jumlah kematian pengguna jalan raya baik pemandu lori dan penumpang kenderaan biasa dapat diturunkan dengan drastik. Ia akan menjadikan jalan raya lebih selamat bagi semua pengguna.

Google ads
Back to top button