Motosikal

DUCATI DESMO450 EDS DIUMUMKAN – 54HP, 46NM

Ducati dengan rasminya menyertai segmen motosikal enduro dengan pelancaran Desmo450 EDS serba baharu. 

Mengguna pakai platform sama dengan jentera motocross Desmo450 MX, Desmo450 EDS ini ditala bagi memfokuskan keupayaan di laluan hutan, pendakian berbatu dan denai berlumpur untuk tempoh panjang.

Hasilnya, Desmo450 EDS dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 8.5L, suspensi yang telah ditala semula, transmisi 6-kelajuan, perlindungan tambahan dan enjin Desmodromic satu silinder 449.6cc yang turut ditala semula. Menurut Ducati, Desmo450 EDS ini mampu menghasilkan 54hp dengan racing kit dan meningkat kepada 56hp apabila dipadankan dengan ekzos Akrapovic.

Menariknya, tangki tersebut adalah jenis lutsinar bagi memudahkan pengguna melihat kapasiti minyak yang ada. 

Nadi utama Desmo450 EDS ini kekal sebagai tumpuan utama kerana Ducati merupakan satu-satunya pengeluar yang menawarkan sistem Desmodromic dalam segmen ini. 

Keupayaan utama sistem Desmodromic adalah mencapai rev yang lebih tinggi berbanding pengeluar lain pada masa sama menawarkan tork yang kuat pada rev rendah dan pertengahan. 

Bagi kegunaan enduro, Desmo450 EDS dilengkapi dengan camshaft baharu, throttle body lebih kecil berukuran 42mm (44mm pada Desmo450 MX) dan flywheel yang lebih berat. Ini kerana untuk kegunaan enduro, aliran kuasa yang lebih lancar membantu mengurangkan kepenatan penunggang ketika di laluan yang teknikal. 

Antara ciri menarik ditawarkan adalah sistem Ducati Traction Control (DTC). Ducati mendakwa sistem tersebut memantau rear wheel slip secara langsung. Rider juga boleh memadam sistem DTC sewaktu menunggang dengan hanya menarik klac secara perlahan. Ducati memaklumkan bahawa sistem TC tersebut akan dihidupkan semula secara automatik tidak lama kemudian. 

Selain itu, pakej elektronik lain ditawarkan termasuk Ducati Launch Control, quickshifter dan Engine Brake Control (dengan racing kit). Model ini juga menawarkan dua mod kuasa dan dua mod menunggang dengan bantuan racing kit.

Desmo450 EDS ini mengguna pakai kerangka aluminium twin-spar yang sama diambil dari model MX namun susulan beberapa penambahbaikan, kerangka pada model enduro ini adalah 9kg lebih ringan. 

Show membekalkan komponen suspensi yang terdiri dari fork 49mm boleh laras sepenuhnya dengan jarak gerak 310mm. Penyerap hentak belakang dengan linkage juga boleh dilaraskan sepenuhnya. 

Kuasa membrek dibekalkan Brembo dengan cakera brek Galfer sementara rim 21-inci depan dan 18-inci belakang dipadankan bersama tayar Metzeler Six Days Extreme baharu. 

Ducati turut memperkenalkan satu ciri baharu yang dinamakan Ducati adaptive maintenance system yang mengumpul data sepanjang penggunaan untuk menggangarkan tahap wear and tear sekaligus menyelaraskan semula jadual servis berkala. Atas kertas, penggantian piston dilakukan pada setiap 90 jam sementara valve clearance dilakukan setiap 180jam.

GALERI: DUCATI DESMO450 EDS

Google ads
Back to top button