Buletin

WAYAR PENEBAT ENJIN DIMAKAN TIKUS, PELANGGAN SAMAN TOYOTA

Pada tahun 2016, satu saman telah difailkan oleh pelanggan Toyota yang mendakwa tikus menyebabkan kenderaan mereka rosak. 

Ini kerana haiwan berkenaan gemar memakan wayar penebat enjin yang didakwa diperbuat daripada bahan kacang soya.

Sebelum ini, wayar berkenaan dihasil menggunakan material berasaskan petroleum seperti vinil klorida. Pertukaran yang dibuat oleh Toyota dalam usaha menjaga alam sekitar itu nampaknya menimbulkan masalah yang lebih besar. 

Menurut laporan Car Complaints, tikus dikatakan gemar memakan wayar itu, sekali gus menyebabkan kenderaan seperti model trak pikap Tundra tidak dapat dipandu. Toyota bukanlah satu-satunya pengeluar kenderaan yang menggunakan wayar tersebut. 

Kes tersebut telah dibatalkan pada tahun 2018. Pada ketika itu dibatalkan, hakim membuat keputusan bahawa wayar yang diperbuat daripada kacang soya tidak menyebabkan kesan jangka masa panjang. Toyota juga menyatakan tikus sememangnya suka mengunyah, satu realiti yang tidak boleh dipertikaikan. 

Namun, sekumpulan pemilik yang tidak berpuas hati mengemukakan saman baharu dan plaintif akhirnya berjaya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan California yang kemudiannya menafikan sebahagian daripada keputusan mahkamah daerah California sebelum ini. 

Mahkamah Rayuan dilaporkan bersetuju dengan hujah Toyota, tetapi mendapati pengeluar kenderaan itu gagal menyelesaikan masalah tersebut. 

Sehingga kini, plaintif bagaimanapun gagal untuk menyakinkan mana-mana mahkamah yang Toyota sedar tentang masalah itu lebih awal. Mahkamah Rayuan mendapati Mahkamah Daerah menyifatkan tikus sebabagai punca masalah. 

Sedangkan, masalah sebenar berpunca daripada wayar yang diperbuat daripada soya yang menarik perhatian dan selera tikus. Jadi, kerosakan didakwa sudah berlaku semasa pembelian lagi, biarpun kerosakan hanya berlaku selepas itu. 

Kini, plaintif sedang menunggu jawapan balas daripada Toyota. Jawab, jangan tak jawab.. 

Google ads
Back to top button