Buletin

WRC 2024 – OTT TANAK BERJAYA MERAMPAS KEMENANGAN DI RALLY ITALIA SARDEGNA

Pemandu pasukan Hyundai Motorsport Ott Tanak berjaya mencipta kemenangan yang mengejutkan apabila muncul sebagai pemenang di Rally Italia Sardegna dengan merampas kemenangan daripada pendahulu perlumbaan dari awal, Sebastian Ogier.

Pemandu Estonia yang memandu jentera Hyundai i20 Rally1 itu berjaya mencipta kemenangan sementelah masalah tayar dihadapi secara tiba – tiba oleh Sebastian Ogier ketika memasuki peringkat akhir perlumbaan sekali gus menafikan kemenangan ketiga pemandu Perancis tersebut musim ini.

Sebastian Ogier yang mula mendahului saingan bermula hari Sabtu dilihat menjadi pilihan untuk muncul sebagai pemenang di Rally Italia Sardegna, apatah lagi beliau juga dilihat selesa memimpin senarai pendahulu pemandu ketika memasuki saingan Power Wolf Stage dengan kelebihan 6.2 saat. Namun peristiwa malang yang melanda tayar Toyota GR Yaris Rally1 ketika menghampiri garisan penamat mengakibatkan beliau hanya ketinggalan 0.2 saat sahaja untuk berpuas hati di podium kedua.

Bagi Ott Tanak, beliau berasa simpati kepada Sebastian Ogier dengan menyatakaan ianya adalah agak kejam untuk melihatkan sesuatu seperti itu memandangkan beliau juga pernah menghadapi peristiwa yang serupa beberapa tahun lepas.

Seorang lagi pemandu Hyundai Motorsport, Dani Sordo melengkapkan senarai podium sekali gus memastikan dua jentera Hyundai i20 N Rally1 berada dalam senarai podium. Podium ketiga yang diraih pemandu berusia 41 itu membolehkan pasukan Hyundai Motorsport kekal mendahului kategori Pengeluar.

Sementara itu, pendahulu senarai kategori Pemandu, Thierry Neuville yang juga dilihat antara calon untuk muncul pemenang musim ini setelah muncul sebagai pendahulu ketika Shakedown bermula hari Jumaat menimpa nasib malang sementelah jentera yang dipandunya terbabas ke tepi jurang ketika saingan SS 8.

Pun begitu, Thierry Neuville masih berjaya mengutip mata penting 12 mata ketika saingan hari Ahad bagi memastikan beliau kekal mendahulu senarai pemandu musm di hadapan dua saingan terdekat, Elfyn Evans dan juga Ott Tanak.

Dengan kemenangan Ott Tanak di Itali ini membolehkan beliau berkongsi pungutan mata – 104 mata dengan Elfyn Evans untuk berada di kedudukan kedua / ketiga untuk menghidupkan kembali saingan mengejar kejuaraan FIA World Rally Championship musim ini.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Thierry Neuville – 122 mata
  2. Ott Tanak – 104 mata
  3. Elfyn Evans – 104 mata

BACA : WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER MENANG DI PORTUGAL BUAT KALI KEENAM

BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE MENANG DENGAN BERGAYA DI MONTE-CARLO

Google ads

B K

"
"
Back to top button