
WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE BERADA PADA LANDASAN YANG TEPAT UNTUK MUNCUL JUARA
Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Thierry Neuville percaya bahawa beliau berada dalam landasan yang tepat untuk muncul juara FIA World Rally Championship (WRC) buat pertama kali musim ini.
Dengan berbaki tiga lagi pusingan perlumbaan musim ini daripada 13 siri perlumbaan yang ada, pemandu Belgium ini mendahului 34 mata di hadapan seorang lagi pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya Ott Tanak.
Kelebihan yang dimiliki oleh Thierry Neuville itu diperolehi ketika beliau membantu kemenangan podium 1-2-3 di EKO Acropolis Rally Greece sebelum ini di hadapan Ott Tanak dan juga Dani Sordo.

Seorang lagi pesaing terdekatnya ketika di Greece, Sebastian Ogier yang berada di tempat kedua keseluruhan pungutan mata dengan hanya ketinggalan 27 mata gagal menamatkan saingan dengan baik apabila jentera Toyota GR Yaris Rally1 beliau berbalik ketika aksi akhir di Power Wolf Stage. Kini Sebastian Ogier berada di tempat ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 38 mata.
Dan kini Thierry Neuville berada dalam landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan sulung WRC setelah lima kali menjadi naib juara WRC dengan empat daripadanya tewas kepada Sebastian Ogier.
Thierry Neuville memberikan kredit kepada pengurusan Hyundai Motorsport kerana berterusan memberikan penambahbaikan dengan prestasi jentera Hyundai i20 N Rally1 berada dalam prestasi terbaik bersama Juruarah Martijn Wydaeghe.

“Saya telah mengambil kurang risiko pada beberapa perlumbaan berbanding sebelum ini kerana, dengan risiko yang lebih sedikit, saya masih boleh bersaing dengan yang lain dan dengan yang terbaik. Itu banyak membantu, pastinya, tetapi kami juga mempunyai Jurutera baharu, kami telah menyusun semula Jabatan Teknikal, dan kami mempunyai Prinsila pasukan baharu. Kami mempunyai metodologi kerja baharu yang memberikan kami kereta yang bagus, dan, dengan kereta yang bagus, semuanya menjadi lebih mudah,” ujar Thierry Neuville.
Dan aksi berikutnya adalah di Rally Chile Bio Bío pada 26 – 29 September nanti untuk menyaksikan sama ada Thierry Neuville dan Hyundai Motorsport akan terus menguasai saingan kempen WRC musim ini sehingga ke perlumbaan terakhir.
BACA : WRC 2024 – SAMI PAJARI SEKALI LAGI AKAN MEMANDU TOYOTA GR YARIS RALLY1 UNTUK DUA PERLUMBAAN
BACA : WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE SEMAKIN HAMPIR MEMENANGI KEJUARAAN WRC SETELAH MENANG DI GREECE