Buletin

WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE SEMAKIN HAMPIR MEMENANGI KEJUARAAN WRC SETELAH MENANG DI GREECE

Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Thierry Neuville semakin hampir untuk memenangi buat pertama kali kejuaaran FIA World Rally Championship (WRC) setelah berjaya mengungguli saingan di EKO Acropolis Rally Greece dengan jayanya.

Pemandu dari Belgium itu berjaya menakluki perlumbaan selama tiga hari yang penuh dengan insiden membabitkan beberapa pemandu utama lain di Lamia untuk mengetuai kemenangan dramatik pasukan Hyundai Motorsport 1-2-3 mendahului rakan sepasukan yang memandu jentera Hyundai i20 N Dani Sordo dan Ott Tänak.

Malang menimpa buat pesaing utama kejuaraan WRC yang juga merupakan pemandu lagenda, Sébastien Ogier pula mengalami insiden kereta terbali ketika peringkat perlumbaan Power Wolf Stage. Pun begitu beliau masih sempat lagi menamatkan perlumbaan walau pun ketinggalan masa yang agak jauh kira – kira dan masih mampu mengutip 15 mata penting.

Sebastian Ogier pada mulanya mendahului awal rali, tetapi tergelincir di belakang apabila jentera Toyota GR Yaris Rally1 dipandunya mengalami masalah dengan kegagalan pengecas turbo pada petang Jumaat. Ott Tänak dan Dani Sordo turut sempat merasai bahangnya perlumbaan di Acropolis apabila kedua-duanya mengalami kerosakan tayar pada hari Sabtu yang memusnahkan harapan kemenangan mereka sendiri sekali gus memberikan peluang untuk Thierry Neuville melonjak ke pendahulu.

Malah Thierry Neuville dan Juruarah Martijn Wydaeghe juga tidak terlepas daripada kekejaman perlumbaan di Greece . Enjin yang tidak berfungsi menimpa jentera Hyundai i20 N mereka pada pagi perlumbaan, tetapi mereka berdua berjaya merapatkan semula kedudukan dan menggunakan strategi yang bijak, mengimbangi risiko dan berjaya untuk mengelakkan insiden yang tak selanjutnya di laluan yang cukup mencabar.

Hasilnya Thierry Neuville berjaya memenangi perlumbaan meninggalkan pesaing terdekat Ott Tanak di kedudukan kedua keseluruhan pungutan mata dengan kelebihan 34 mata.

Sementara itu, malang sememangnya menimpa pasukan Toyota Gazoo Racing apabila mereka semua tidak berupaya menempatkan diri di tempat lima teratas pun. Dikatakan, masalah turbo menjadi punca ke-lemau-an jentera yang dipandu mereka di Greece ini.

Dengan berbaki tiga perlumbaan, masih terdapat 90 mata maksimum yang boleh direbut oleh Thierry Neuville, Ott Tanak mahu pun Sebastian Ogier bagi menjuarai WRC 2024.

BACA : WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER AKAN MENGEJAR KEJUARAAN WRC BUAT KALI KESEMBILAN MUSIM INI

BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG LAGI DI LATVIA

Google ads

B K

Back to top button