
CUPRA TERRAMAR MEMULAKAN PRODUKSI DI GYOR HUNGARY, KILANG MILIK AUDI
CUPRA telah memulakan lembaran baharu dalam kisahnya dengan permulaan pengeluaran model terbaharunya, CUPRA Terramar, di kilang Audi di Györ, Hungary. SUV sporty baharu itu merupakan jenama pencabar baharu dalam segmen untuk menggerakkan CUPRA ke pasaran yang paling pesat berkembang di Eropah dan akan memperkenalkan jenama itu kepada generasi baharu buat penggemar SUV sporty.
Kolaborasi diantara syarikat Jerman dan Sepanyol itu sebenarnya telah pun bermula semenjak dari tahun 2011 dengan permulaan pengeluaran Audi Q3 di kilang SEAT S.A. di Martorell, dengan hampir 800,000 unit dikeluarkan, malah model Audi A1, dengan hampir 400,000 unit dikeluarkan sejak 2018. Kini, dengan pengeluaran CUPRA Terramar, Györ akan menjadi kilang pertama Audi yang mengeluarkan kenderaan jenama daripada naungan kumpulan yang serupa. Untuk yang tidak tahu CUPRA ini merupakan sub-brand daripada SEAT yang mana SEAT juga merupakan di bawah naungan Kumpulan Volkswagen.

Dengan lebih 12,000 tenaga kerja dan jumlah pengeluaran tahunan melebihi 170,000 unit kenderaan dan juga lebih daripada 1,600,000 enjin dihasilkan, tidak syak lagi Györ adalah merupakan kilang pengeluaran enjin terbesar di dunia. Menghasilkan CUPRA Terramar di Györ menawarkan beberapa kelebihan, termasuk pengoptimuman proses. Kerjasama yang lancar antara pasukan CUPRA dan Audi selama lebih empat tahun adalah penting dalam membawa CUPRA Terramar ke pasaran dengan lebih efisyen.
Model CUPRA Terramar ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan kepada tempat jenama itu mula diperkenalkan kepada dunia pada 2018, Litar perlumbaan CUPRA Terramar di Sitges Sepanyol. Dan model CUPRA Terramar ini telah pun dipertontonkan secara eksklusif sewaktu America Cup di Barcelona pada awal September yang lalu yang boleh didapati dengan versi petrol, mild hybrid dan juga plug-in hybrid.

CUPRA Terramar yang dibina berdasarkan platform MQB turut berkongsi casis model di bawah naungan Kumpulan Volkswagen seperti Volskwagen Tiguan, Skoda dan juga Audi Q3.
Jenama CUPRA ini telah membuktikan bahawa model elektrik dan juga model yang sporty adalah padanan yang sesuai buat mereka. Pada tahun 2023, CUPRA telah menghasilkan lebih 230,000 unit kenderaan pelbagai model seperti CUPRA Ateca, CUPRA Leon dan juga model yang semakin diminati rakyat Eropah, CUPRA Formentor.
BACA : CUPRA TERRAMAR – SUV LAJU DARI SEPANYOL DENGAN PELBAGAI PILIHAN TRENKUASA
BACA : CUPRA FORMENTOR DAN LEON 2024, TAMPIL GARANG, ENJIN TSI, TDI, MHEV, PHEV



