Motosikal

INSIDEN SUPERBIKE KEMALANGAN DI KARAK, POLIS CARI DUA PENUNGGANG

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terlibat kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar selepas tular rakaman video berdurasi 1 minit 20 saat di media sosial yang memaparkan tiga penunggang motosikal jenis superbike kemalangan. 

“Motosikal yang ditunggang hilang kawalan tergelincir lalu terbabas masuk di bahu kiri jalan.

“Salah seorang penunggang yang berjaya dikesan memaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan manakala dua lagi belum dapat dihubungi,” jelasnya.

Dalam pada itu, insiden yang tular di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi. Bagaimanapun, rata-rata yang berada di lokasi kejadian mendakwa ketiga-tiga penunggang motosikal itu kemalangan ekoran melanggar minyak. 

Menurut Zaiham, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Sinar Harian.

Google ads
Back to top button