BuletinMotosikal

YAMAHA 125ZR MOVISTAR – INI BETUL-BETUL EDISI TERHAD, DENGAN NOMBOR SIRI DAN SIJIL

Bulan lepas kami siarkan foto risikan Yamaha 125ZR edisi Movistar yang tersebar di media sosial. Ia dikatakan akan menjadi model akhir bagi pengeluaran kapcai lagenda di Malaysia ini. Yamaha 125ZR merupakan salah satu motosikal dua lejang yang masih dijual di pasaran bersama-sama dengan Modenas Dinamik.

Sejak diperkenalkan pada 1999, Yamaha 125ZR mendahului pasaran bagi motosikal kecil yang berkuasa. Selain digilai anak muda, ia juga menjadi sasaran nombor satu pencuri motosikal. Jika anda biasa dengan kelab atau group di media sosial, hampir setiap hari ada sahaja laporan motosikal ini hilang.

BACA: YAMAHA 125ZR MOVISTAR EDISI AKHIR?

Yamaha 125ZR edisi Movistar diperkenalkan secara rasmi hari ini. Ia sudah boleh ditempah dan ia menjadi satu-satunya edisi istimewa yang benar-benar terhad yang pernah dijual oleh Hong Leong yamaha Malaysia. HLYM hanya akan menghasilkan 5000 unit sahaja model ini dan setiap satunya akan ditanda dengan lencana khas dengan nombor siri.

Pembeli juga akan mendapat “sijil lahir” khas yang sama dengan nombor siri tersebut dan kami yakin, ia akan meningkatkan lagi nilai jualan semula motosikal ini pada masa akan datang. Setiap pembeli model ini juga akan memiliki set lengkap seperti di bawah;

  • Sijil tulen
  • Baju T
  • Sarung Lengan
  • Poskad Memorabilia

Mungkin ramai yang sangka sudah ada edisi 125ZR Movistar sebelum ini, tapi sebenarnya TIDAK ADA. HLYM tidak pernah mengeluarkan 125ZR secara rasmi dari kilang mereka.

Yang ada di pasaran sekarang ialah set custom dari pihak ketiga. Ada juga kedai motosikal yang memasang siap kit Movistar ini dan kemudiannya menjualnya sebagai set Movistar 125ZR standard – kesian siapa yang kena tipu.

Kami cuba menghubungi beberapa kedai motosikal sekitar Kuala Lumpur dan cuba mendapatkan harga terkini motosikal ini. Bagi model biasa Yamaha 125ZR, ia dijual pada sekitar RM9,500 atas jalan lengkap dengan insurans pihak pertama.

Cuba teka apa? kebanyakan kedai ini sudah menerima tempahan model edisi terhad ini dan harga jualannya kini sudah melewati lima digit.

Bertabahlah nak…

BACA: MOTOR 2 LEJANG KINI DI PENHUJUNG HAYAT…

Google ads
Back to top button