Buletin

MITSUBISHI BAKAL PAMER CROSSOVER KECIL DI INDO – PENCABAR HONDA BR-V?

Di pasaran ASEAN, salah satu segmen yang sengit persaingannya ialah MPV kompak dengan tujuh tempat duduk. Hampir kesemua pengeluar terkemuka mempunyai produk dalam segmen ini seperti Toyota Avanza, Rush, Sienta, Nissan Grand Livina, Perodua Alza, Suzuki Ertiga dan paling popular sekali di dalam negara ialah Honda BR-V.

Walaupun Honda memanggil BR-V sebagai crossover namun konsep itu bukanlah suatu yang baru. Toyota Rush misalnya adalah gabungan SUV dan MPV dan bersama Avanza, jenama Jepun itu begitu banyak mendominasi jalan raya sekitar ASEAN terutama sekali di Indonesia.

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) agak lewat hadir dalam segmen ini. Tetapi bak kata pepatah Inggeris, better late than never. Pada Pameran Automotif Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) ke-25, MMC bakal melakukan debut dunia Crossover MPV Kecil yang tersendiri.

GIIAS dilangsungkan dari 10 hingga 20 Ogos di Pusat Pameran Konvensyen Indonesia (ICE) di bandar BSD, Tangerang, Banten, Indonesia.

Crossover Kecil MP ini dimuatkan dengan pelbagai teknologi MMC selain dibangunkan hasil pengalaman syarikat itu dalam membina SUV. Mengikut maklumat yang diberi, saiz MPV ini lebih besar dan lebar berbanding pesaing sekelasnya. Ia menawarkan ruang dalaman paling luas (MPV 1.5 di Indo) untuk tujuh penumpang menaikinya dengan selesa. Ruang kargo pula boleh dilaras untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis barangan.

Bahagian depan paling menyerlah melalui gayaan DYNAMIC SHILED manakala bentuk badan dan ketinggian melambangkan prestasi serta kekukuhan kenderaan yang sinonim dengan jenama Mitsubishi Motors.

Sama seperti model ASEAN lain, MPV yang diasaskan dari XM Concept ini akan dikeluarkan di kilang baharu MMC di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Berdasarkan carian di internet, nama lain MPV ini ialah Mitsubishi Expander. Jika dipasarkan di Malaysia, mampukah ia menggugat kedudukan teratas yang kini dihuni oleh Honda BR-V?

Atau adakah Nissan bakal menghimpit pesaing sedia ada memandangkan pakatan Renault-Nissan kini sudah disertai MMC?

LAGI BACAAN MENARIK TENTANG MITSUBISHI:

ANDA SUKA TRAK PIKAP? INI MITSUBISHI TRITON “MONKEY DRAGSTER

SEBELUM KEDATANGAN LANCER EVO, INI ADALAH LAGENDA RALI SEBENAR- MITSUBISHI GALANT VR4

Google ads
Back to top button