Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) hari ini mengedarkan jemputan rasmi kepada pihak media mengenai satu model baru yang akan dilancarkan minggu hadapan atau lebih tepat, pada tanggal 11 Julai nanti. Tidak disebutkan model apa tetapi ramai yang menjangkakan ia model yang ditunggu-tunggu – skuter NVX 155 VVA.
Hampir tepat dengan maklumat yang kami terima beberapa bulan lepas. Pun begitu, tidak jelas berapa spesifikasi yang akan ditawarkan. Jika dilihat di Inodonesia, NVX diletakkan dalam tiga varian berbeza seperti di bawah;
NVX 155 VVA ā model paling asas (dan sepatutnya paling murah). Bagi model ini, ia sudah dilengkapi lampu LED dan bentangan instrumentasi digital penuh 5.8 inci.
NVX 155 R ā juga didatangkan dengan lampu LED dan bentangan instrumentasi digital penuh 5.8 inci. Spesifikasi ketara ialah suspensi belakang dengan tank sekunder (sub tank) ā teorinya, suspensi lebih sporty dan lebih baik (atau mungkin boleh dilaras?)
NVX 155 S ā Model tertinggi yang ada semua spesifikasi di asas (kecuali sub tank). Ciri yang kelihatan dominan ialah sistem kemasukan/pemula tanpa kunci (keyless) dan sistem brek anti kunci (ABS). Teori kami ā ini model yang akan dijadikan premium dan mungkin dipakaikan dengan livery Movistar (atau MotoGP).
NVX adalah skuter moden yang ditunggu ramai peminat skuter tempatan. Untuk rekod, motosikal ini dipamerkan buat pertama kalinya di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu. Tak lama kemudian, ia dilancarkan secara rasmi di Vietnam dan Thailand.
Pelancaran seterusnya dibuat di pasaran Indonesia sementara Filipina adalah negara terbaru yang memperkenalkannya pada awal bulan Mei lalu. Hanya Malaysia yang belum menerimanya dan mengikut jadual yang diumumkan sewaktu sidang media lepas, ia bakal dilancarkan pada tahun ini juga.
Semakan awal kami juga mendapati sejak bulan lepas, ada pengedar yang sudah mula mengambil tempahan awal. BLH Motor dari antara yang terawal membuka tempahan dan menjangkakan model ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.
GALERI