
PAKEJ IMPUL BAHARU NISSAN GRAND LIVINA
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Grand Livina dengan pakej IMPUL baharu, sekali gus memberikan MPV yang versatil itu gayaan lebih agresif.
Versi IMPUL itu hadir dengan spoiler bampar hadapan baharu, lampu nyalaan siang (DRL) LED IMPUL, skirting sisi, wing spoiler belakang dan bampar belakang. Gayaan ditingkatkan lagi menerusi gril hadapan berwarna hitam, tambahan pada arca roda, dan rim aloi IMPUL HS-10 bersaiz 17 inci bersama kemasan krom serta warna hitam berkilat.
Penambahbaikan itu juga menyaksikan pemasangan sistem suspensi IMPUL berprestasi tinggi. Terdiri daripada penyerap hendak serta pegas gegelung yang direka untuk merendahkan kenderaan sebanyak 25mm, ia mampu menawarkan pengendalian lebih mantap dan selesa. Peredam ekzos tahan karat dengan kemasan berkilat bersama logo IMPUL yang dipasang pada paip ekzos melengkapkan lagi penampilan jentera tersebut.
Grand Livina IMPUL baharu dipasang dari kilang dan ditawarkan dalam dua pakej iaitu IMPUL Complete Package dan IMPUL Premium Package. Semua pakej aksesori ini hadir dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
IMPUL COMPLETE PACKAGE (RM12,800*) | IMPUL PREMIUM PACKAGE (RM13,009*) |
(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi) |
(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
*Termasuk GST
Para pemilik Grand Livina sedia ada yang berminat untuk membeli pakej IMPUL boleh menghubungi talian +603 4047 8786 atau emel ke [email protected] Maklumat lanjut, sila layari laman web www.impul.com.my.
Aerokit, suspensi dan peredam ekzos dilesenkan oleh IMPUL serta dihasilkan di Malaysia. Manakala rim aloi IMPUL HS-10 pula diimport dari Jepun.
BACA: KENAIKAN 5% DUTI EKSAIS MPV – BUKTI KERAJAAN MEMANG ‘PRIHATIN’