
YAMAHA HASILKAN YZF-R6 BUAT KALI TERAKHIR
Yamaha telah pun menghentikan penghasilan model YZF-R6 versi road-legal (jalan raya) pada tahun 2021 dan hanya meneruskan pengeluaran versi track-legal (litar lumba).

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, Yamaha mengesahkan bahawa R6 Race versi track-legal akan turut dihentikan pengeluaran.
Yamaha mengumumkan bahawa model R6 Race itu akan dihasilkan buat kali terakhir dalam kuantiti terhad dan akan dijual di Jepun pada 26 Februari 2027. Menurut Yamaha, hanya pelanggan yang membuat tempahan dua bulan awal akan menerima model terakhir itu.

Perkembangan terbaru itu menandakan berakhirnya perjalanan jentera supersport 600cc paling ikonik dalam era moden.
Untuk rekod, model R6 Race yang dihasilkan sejak 2021 hanya boleh digunakan untuk kegunaan di litar lumba dan tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan di jalan raya.

R6 Race tersebut mengguna pakai platform empat silinder 599cc yang turut dilengkapi dengan pakej elektronik termasuk traction control dan quickshifter.
Ketika ini, hanya Kawasaki dan Honda yang terus menawarkan jentera supersport 600cc menerusi Kawasaki Ninja ZX-6R dan Hodna CBR600RR.
GALERI: YAMAHA YZF-R6 RACE






















