Motosikal

YAMAHA EXCITER 155 SP LANCAR DI VIETNAM – KINI DENGAN TCS, 18.2HP

Yamaha Motor Vietnam dengan rasminya memperkenalkan Exciter 155 SP untuk pasaran negara itu yang menyaksikdan model underbone popular itu menerima naik taraf yang signifikan. 

Pelancaran Exciter 155 terbaru ini (dikenali sebagai Y16ZR di Malaysia) sudah pun diketahui awal selepas beberapa spyshot sudah pun tular sebelum ini. 

Berdasarkan maklumat rasmi dikongsikan, Exciter 155 kali ini hadir dengan reka bentuk dan panel badan baharu. Lampu hadapan dan belakang kini telah berubah sepenuhnya manakal panel sisi juga berbeza. 

Bagaimanapun, naik taraf terbesar adalah pasa sistem elektronik yang menyaksikan Exciter 155 baharu ini hadir dengan fungsi traction control (TCS) secara standard bagi dipadankan bersama sistem ABS. Untuk rekod, hanya varian SP sahaja dilengkapi dengan TCS. 

Menariknya, meskipun masih mengguna pakai enjin satu silinder 155cc dengan VVA yang sama namun model baharu ini kini menawarkan 18.2hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,500rpm. 

Kuasa lebih tinggi itu disumbangkan nisbah mampatan 11.6:1 berbanding 10.5:1 sebelum ini. Untuk perbandingan, Y16ZR menawarkan 17.7hp. Exciter 155 baharu ini juga masih dlengkapi dengan klac Assist & Slipper. 

Screenshot

Sementara itu, Exciter 155 ini juga dilengkapi dengan ciri acoustic amplifier sepertimana yang terdapat pada MT-09. Ciri ala speaker ini menyalurkan bunyi enjin/ekzos kepada penunggang menerusi corong khas yang terletak di bawah tempat duduk hadapan. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • meter digital LCD baharu
  • fork teleskopik depan
  • tangki 5.4L
  • berat 124kg
  • tinggi tempat duduk 795mm

GALERI: YAMAHA EXCITER 155 SP 2026

Google ads
Back to top button