Motosikal

YAMAHA BANGUNKAN SKUTER HIBRID – ENJIN SATU SILINDER, DUA MOTOR ELEKTRIK, KLAC AUTO

Walaupun sudah memasuki tahun 2026 namun agak mengejutkan Yamaha masih tiada motosikal hibrid dalam rangkaian model ditawarkan. 

Yamaha sebelum ini ada memperkenalkan beberapa konsep hibrid antaranya Yamaha Gen-Ryu yang didedahkan di Tokyo Motor Show 2025. 

*Model konsep Yamaha Gen-Ryu di Tokyo Motor Show 2005

Gen-Ryu menggabungkan motor elektrik dengan enjin 599cc dari YZF-R6 dan dipadankan dengan transmisi planetary dari Toyota Prius yang mengimbangkan kuasa enjin dan motor elektrik agar menghasilkan aliran yang sekata. 

Yamaha kemudiannya meneruskan idea sama dengan model konsep HV-X pada 2009 kali ini menggabungkan enjin TMAX 500 dan transmisi planetary serta motor elektrik.  Bagaimanapun, seperti Gen-Ryu, projek HV-X juga menghilang tanpa sebarang perkembangan baharu. 

Bagaimanapun, perkembangan terbaru dari kilang Hamamatsu mengesahkan mereka kemnbali menghidupakn projek hibrid. 

*Yamaha Proto HEV

Tahun lalu, Yamaha memperkenalkan dua prototaip emnerusi Proto PHEV dan Proto HEV. Paten terbaru kini mendedahkan trenkuasa yang diguna pakai dan bagaimana unit hibrid itu boleh diterapkan pada skuter konvensional.

Untuk rekod, Proto PHEV menggunakan enjin CP3 dan dipadankan bersama sisten plug-in hybrid sementara Proto HEV pula lebih unik, menggabungkan enjin satu silinder dengan dua motor elektrik dan gear CVT. 

Berdasarkan paten terbaru didedahkan, Proto HEV boleh digerakkan oleh motor elektrik semata-mata atau enjin pembakaran dalaman (ICE) atau kedua-duanya sekali. 

Faktor utama yang menyumbang kepada trenkuasa unik itu adalah penggunaan dua motor elektrik.  Unit pertama ditempatkan di bahagian swingarm dan berfungsi menggerakan tayar belakang. 

Dalam mod elektrik penuh, enjin ICE dipadamkan serta merta sementara sambungan kepada CVT turut dinyahaktif menerusi klac elektromagnetik. 

Sementara itu, motor kedua pula dipadakan pada crankshaft dan bertindak sebagai motor dan generator. Ini bermakna, enjin ICE akan aktif sejurus selepas bateri kehabisan kuasa. 

Dalam pada itu, sekiranya penunggang mahukan lebih kuasa dari yang mampu ditawarkan motor elektrik, klac akan kembali menyambungkan sistem CVT pada enjin ICE sekaligus menggerakan tayar belakang seperti skuter konvensional.

GALERI: YAMAHA PROTO HEV

Google ads
Back to top button