Buletin

YAMAHA XMAX 2023 TIBA DI EROPAH DENGAN RUPA PARAS DIKEMASKINI

Yamaha Eropah telah melancarkan kemaskini terhadap skuter maxi Yamaha XMAX dengan membawakan perubahan dari segi rupa, serta peningkatan terhadap aspek teknologi yang dimuatkan.

Boleh didapati dalam versi 125 cc atau 300 cc, XMAX 2023 ini menampilkan muka depan yang lebih malar segar, dengan lampu membelok yang telah dipindahkan ke bahagian atas, diikuti dengan rekaan hidung bertemakan X.

Rekaan fairing juga turut dikemaskan supaya ia tidak menghalang tahap kebolehkawalan skuter ini.

Di Eropah, Yamaha XMAX didatangkan dengan varian Standard atau Tech, di mana versi Tech mendapat tambahan sokongan sambungan peranti pintar dan navigasi Garmin yang boleh dipaparkan menerusi skrin TFT 4.2 inci.

Varian Tech turut diserikan dengan tempat duduk balutan kulit, plet kaki aluminium, serta beberapa komponen plastik yang diberikan kemasan semi-metalik berkilat.

XMAX 300 cc didatangkan dengan enjin silinder tunggal Euro 5 yang mampu menjana kuasa 27.6 hp dan 29 Nm, serta kapasiti tangki bahan api 13.2 liter.

Boleh didapati dalam dua warna iaitu Icon Blue dan Sonic Grey, ia dijangka akan berada di pasaran bermula Mac 2023.

Google ads
Back to top button