
TWITTER KINI MILIK ELON MUSK. TERUS PECAT EKSEKUTIF TERTINGGI TWITTER
Twitter kini sah dimiliki oleh Elon Musk. The Wall Street Journal, Washington Post, serta beberapa melaporkan bahawa eksekutif tertinggi Twitter TWTR, telah dipecat termasuk Parag Agrawal, Ketua Eksekutif, Ned Segal, Ketua Pegawai Kewangan, serta Vijaya Gadde, Ketua Dasar Undang-Undang, Amanah dan Keselamatan.
Buat masa sekarang, kerusi Ketua Pegawai Eksekutif akan diisi oleh Musk sendiri untuk sementara waktu sebelum melantik orang lain untuk pelan jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, Twitter masih belum memberi komen berhubung perkara tersebut.
Sebelum pengambilalihan ini, drama pembelian Twitter menimbulkan perbalahan hingga Musk cuba menarik diri dan Twitter mahu menyaman Musk kerana tindakannya itu, selepas mencapai persetujuan untuk membeli syarikat media sosial itu pada harga AS$44 bilion (RM208 bilion).

Dalam tweet lewat malam Khamis, Musk hanya berkata: “Burung telah dibebaskan.”
Isyarat tersebut dibuat untuk menyakinkan pengiklan yang sesetengahnya mungkin bimbang tentang rancangan Musk untuk menyediakan kandungan lebih sederhana.
Musk berkata salah satu motivasinya untuk membeli platform itu adalah berkaitan dengan aduan mengenai penapisan, kebanyakannya daripada orang yang telah diharamkan kerana telah melanggar syarat perkhidmatan Twitter.
Elon Musk juga merancang untuk menamatkan larangan seumur hidup untuk pengguna, bermakna bekas Presiden Donald Trump boleh kembali ke Twitter.
Saham Twitter telah meningkat 26 peratus sepanjang bulan lalu, ditutup Khamis pada AS$53.70 (RM254), iaitu hampir dengan harga saham yang dibayar oleh Musk pada bulan April iaitu AS$54.20 (RM256).







