
RASMI: MFORCE PERLUAS JENAMA VOGE DI MALAYSIA DENGAN SR3 250 – RM15,888
Pasaran skuter maxi 250cc terus dimeriahkan dengan pesaing terbaru kali ini menerusi VOGE SR3 250 yang ditawarkan pada harga RM15,888.
Atas kertas, SR3 250 yang juga dikenali sebagai SR250GT dikuasakan enjin satu silinder 244.3cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.5hp pada 8,250rpm dan 23Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk fork teleskopik 35mm di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban (preload).
Brek pula terdiri dari cakera berkembar 260mm depan dan 240mm belakang masing-masing dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran. Skuter ini turut dilengkapi dengan sistem traction control (TCS) secara standard. Rupa moden skuter maxi ini turut dilengkapkan dengan panel meter TFT.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- penghadang angin boleh laras
- sistem tanpa kunci (keyless)
- grip pemanas
- tangki 14L
- berat 165kg
- ketinggian tempat duduk 770mm
- dashcam

Bagi pasaran Malaysia, SR3 hadir dengan tiga warna pilihan; White, Silver dan Grey.
GALERI: VOGE SR3 250













