Motosikal

YAMAHA Y15ZR TAMPIL DENGAN WARNA & GRAFIK BAHARU!

Kita semua tahu bahawa Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkan motosikal baharu pada 11 Julai 2017 (Selasa minggu depan). 

Sebelum itu, HLYM semalam mengumumkan warna dan grafik baru untuk model moped high end popular keluarannya, Yamaha Y15ZR.

Warna baru iaitu merah, biru dan hitam itu sekali gus menggantikan warna lama. Dari segi harga pula,HLYM menyatakan Y15ZR tidak mengalami sebarang peningkatan atau penurunan.

HLYM menawarkan harga RM8,361.28 (termasuk GST). Eh, biar betul? Kenapa di kedai harga lagi mahal? Itu kena tanya pengedar atau kedai itu sendiri lah… Macam korang tak biasa pula..

Imbas sedikit tentang Y15ZR, jentera tersebut dilancarkan oleh HLYM pada Ogos 2015. Sejak itu, ia pantas mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan.

Motosikal itu sempat memonopoli pasaran moped berkuasa 150cc sebelum ia disaingi oleh Honda RS150R yang dilancarkan pada Jun 21016. Pasaran kian meriah apabila Benelli memperkenalkan pula RFS150i, April lalu.

Y15ZR dikuasakan oleh enjin slinder tunggal empat lejang dan empat injap SOHC bersama sistem penyejukan cecair. Enjin bersesaran 150 dengan sistem pancitan bahan api (FI) itu mampu menjana kuasa mencecah 15.4PS @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.

BACA: MODIFIKASI YAMAHA Y15ZR MOVISTAR – GABUNGAN YAMAHA DAN APRILIA RSV4!

Jadi, nak beli motor ini atau nak tunggu model baharu??

GALERI

Google ads
Back to top button