
YANGWANG U9 EXTREME KINI ADALAH MERUPAKAN KERETA HIPER TERPANTAS DI DUNIA DENGAN KELAJUAN 496.22 KM/J!
Model kereta hiper Yangwang U9 Xtreme telah muncul sebagai kereta produksi yang paling laju setakat ini apabila berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi 496.22km/j di litar ujian ATP Automotive Testing Papenburg, di Jerman.
Yangwang yang merupakan sub-jenama di bawah BYD Auto adalah merupakan sebuah kereta hiper elektrik sepenuhnya telah menghasilkan model kedua kereta, Yangwang U9 selepas model Yangwang U8 sebuah model SUV.
Dan pencapaian luar biasa itu dicapai dengan kereta hiper Yangwang U9 Xtreme terbaharu itu pada 14 September 2025, mengatasi penanda aras sebuah model EV sebelumnya dengan kelajuan terpantas sebelum ini 490.484km/j adalah merupakan model berkuasa petrol.

Pencapaian ini membolehkan Yangwang U9 Xtreme ini menjadikannya sebagai model pengeluaran terpantas di dunia serta telah menetapkan standard baharu dalam model mobiliti elektrik dengan memaksimakan kuasa serta pelepasan sifar.
Model ini yang asalnya diberikan nama sebagai Yangwang U9 Track/Special Edition tetapi kini telah disahkan sebagai nama Yangwang U9 Xtreme atau pun juga mahu dikenali dengan nama U9X, sebuah kereta terpantas di dunia kini hanya dijual di pasaran China terlebih dahulu dan pastinya akan menarik minat bakal pembeli model kereta hiper ini dengan beberapa evolusi tambahan pastinya.
Ianya termasuklah kerja tingkat taraf membabitkan rangkaian kuasa meliputi elektrik ultra-tinggi voltan 1200V (berbanding dengan 800V), Bateri Bilah fosfat besi litium dengan kadar nyahcas yang luar biasa 30C, empat motor berkelajuan ultra tinggi yang beroperasi sehingga 30,000r pm dan menghasilkan jumlah lebih daripada 3000 PS dan juga sistem suspensi yang turut diberikan perhatian untuk menampung beban kuasa yang melampau ini.

Ketika sesi ujian ini dijalankan tugasan untuk memandu jentera yang buas ini diserahkan kepada pakar trek dari Jeman Marc Basseng yang mempunyai sejarah panjang dalam perlumbaan kereta sukan dan sukan permotoran tahan lasak.
Wangyang U9 Xtreme baharu ini kelak boleh dibeli pelanggan, dengan pengeluaran siri terhad tidak lebih daripada 30 unit sahaja secara global.
Untuk rekod, kereta hiper yang cantik ini telah direka oleh pereka berasal dari Jerman, Wolfgang Egger dan telah diperkenalkan kepada pasaran bermula tahun 2024 dengan harga awalan 1.68 million Yuan (RM 994,268).
BACA : LOTUS EVIJA, KERETA HIPER EV BERHARGA RM8.7 JUTA!
BACA : MCMURTRY SPÉIRLING KERETA HIPER ELEKTRIK PERTAMA DIPANDU TERBALIK DARI PEGUN!



