Buletin

PEKERJA CAR WASH PANDU LAMBORGHINI PELANGGAN, REMPUH TIGA KENDERAAN

Seorang pekerja kedai cuci kereta di Singapura ditahan selepas memandu sebuah Lamborghini milik seorang pelanggan sehingga menyebabkan kereta itu hilang kawalan, lalu merempuh empat kenderaan lain.

Dalam kejadian berlaku di premis Revel Studio, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku di Plaza WCEGA, Bukit Batok Crescent sekitar pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan).

Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan situasi di mana Lamborghini berwarna merah jambu itu diletakkan di hadapan kawasan cuci kereta.

Sejurus pintu kanan di sebelah tempat duduk pemandu dibuka, kereta itu memecut laju secara tiba-tiba dan merempuh sebuah lori di hapannya.

Selain itu, tiga kenderaan yang diletakkan berhampiran lori itu turut mengalami kerosakan.

Pekerja berusia 23 tahun itu ditahan polis kerana menyebabkan kecederaan dengan perbuatan terburu-buru, manakala siasatan kes itu masih dijalankan.

Untuk rekod, pekerja berkenaan dilaporkan tidak memiliki lesen memandu.

Menurut pemilik Lamborghini itu, seorang wanita berusia 28 tahun bernama Lin, kejadian ini menyebabkan dia perlu menanggung kos pembaikan.

Tambahnya lagi, syarikat cuci kereta tersebut tidak mahu membayar sebarang pampasan kepadanya.

“Insiden ini membuatkan saya percaya bahawa pekerja mereka biasa memandu kereta pelanggan,” jelas Lin.

“Saya biasanya meninggalkan kereta saya di tempat cuci kereta, dan mereka akan menghubungi saya untuk memberitahu saya jika kereta itu perlu dialihkan.”

“Saya membeli Lamborghini saya hanya tiga bulan lalu, sekarang saya memerlukan $100,000 (RM342,970) untuk membaikinya”.

Google ads
Back to top button