
ZEEKR MAHUKAN LEBIH RM4.4 BILION MELALUI IPO DI AMERIKA SYARIKAT, SEDIA BERSAING DENGAN TESLA DAN NIO
Jenama kereta premium elektrik Zeekr Geely mahu mengumpul lebih daripada AS$1 bilion (RM4.4 bilion) melalui tawaran awam awal (IPO) di Amerika Syarikat.
Sumber yang tidak dinamakan mendakwa bahawa Zeekr memfailkan untuk IPO dan ia boleh diketahui umum seawal suku kedua 2023.
Zeekr telah menyenaraikan IPO di Hong Kong tetapi membuat kesimpulan bahawa penyenaraian di New York boleh membawa kepada penilaian yang lebih tinggi.

Jenama kereta elektrik mewah Geely mahu memberi saingan kepada pengeluar seperti Tesla dan Nio. Pada bulan November lalu, Zeekr telah melancarkan van mini elektrik 009 yang mewah.
Berita mengenai IPO itu muncul beberapa bulan selepas Geely berkata ia merancang untuk melepaskan Zeekr tetapi belum memutuskan di pasaran mana ia harus didedahkan kepada umum.
Walaupun Zeekr masih di peringkat awal, pusingan utama pengumpulan dana luaran awal tahun ini memberikannya penilaian sekitar AS$8 bilion (RM35.4) . Pada Ogos 2021, ia menerima pembiayaan AS$500 juta (RM2.2 bilion) daripada syarikat seperti Intel Capital, CATL dan Bilibili.
Zeekr menjual 60,600 kereta dalam sembilan bulan pertama 2022 di seluruh China. Ia bukanlah berita buruk memandangkan model 001 adalah satu-satunya model yang dijual pada harga AS$43,000 (RM190,640), menjadikannya lebih mahal sedikit berbanding Tesla Model Y.
Sebilangan besar model lain sedang dirancang oleh Zeekr, akan menggunakan bateri Qilin inovatif yang dibangunkan oleh CATL. Bateri ini adalah berdasarkan teknologi CTP generasi ketiga CATL dan boleh menyediakan EV dengan jarak tempuh lebih 1,000 km.
Bateri tersebut mampu menjana kuasa 13 peratus lebih banyak berbanding sel bateri 4680 Tesla, meskipun ia menggunakan sistem kimia serta saiz pek yang sama.







